Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Helikopter dengan empat individu terhempas di Arizona
  • GLOBAL

Helikopter dengan empat individu terhempas di Arizona

Utusan Sarawak 1 day ago
PASUKAN penyelamat menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan pergunungan berhampiran Telegraph Canyon, Arizona, selepas sebuah helikopter persendirian yang membawa empat individu terhempas pada Jumaat. — Bernama-Sputnik/RIA Novosti

MOSCOW: Sebuah helikopter terhempas di kawasan pergunungan berhampiran Phoenix di negeri Arizona, Amerika Syarikat (AS), dan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan, menurut pihak berkuasa AS, lapor Sputnik RIA Novosti.

Helikopter persendirian itu terhempas kira-kira 11.00 pagi waktu tempatan pada Jumaat, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) AS seperti dipetik oleh ABC News.

FAA yang menjalankan siasatan bersama Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB), memaklumkan terdapat empat individu berada di dalam helikopter berkenaan.

Pejabat Syerif Daerah Pinal, juga dipetik oleh ABC News, berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan dan pasukan penyelamat sedang berusaha untuk memasuki lokasi nahas yang terletak di kawasan pergunungan berhampiran Telegraph Canyon. Setakat ini, tiada kecederaan disahkan.- Bernama-Sputnik/RIA Novosti

Continue Reading

Previous: Phivolcs Filipina: Amaran Tahap 3 Gunung Berapi Mayon tidak mungkin diisytiharkan
Next: Tarian sukar, tradisi Kemboja terancam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.