Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Hebahan tentang ikan tilapia tidak selamat dimakan adalah palsu – DOF
  • NASIONAL

Hebahan tentang ikan tilapia tidak selamat dimakan adalah palsu – DOF

Utusan Sarawak 2 years ago

Hebahan berbentuk poster di aplikasi WhatsApp mengenai ikan tilapia tidak selamat dimakan dan boleh menyebabkan penyakit seperti kanser adalah palsu. - DOF

KUALA LUMPUR: Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) hari ini memaklumkan bahawa hebahan berbentuk poster di aplikasi WhatsApp mengenai ikan tilapia tidak selamat dimakan dan boleh menyebabkan penyakit seperti kanser adalah palsu.

DOF dalam kenyataan memaklumkan ikan tilapia adalah ikan yang diternak dengan pemberian makanan rumusan menggunakan sumber protein daripada ikan dan tumbuhan.

Menurut kenyataan itu “genetically modified” (GM) atau terubah suai genetik soya dan jagung turut digunakan bagi mengurangkan penggunaan tepung ikan dan telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa Norway serta Kesatuan Eropah.

“Tumbuhan ini telah digunakan secara meluas dalam makanan rumusan salmon, tilapia dan kap. Tiada laporan secara spesifik berkaitan kesan negatif kepada manusia yang memakan ikan tilapia yang telah diberi makan GM soya atau jagung oleh FAO (Pertubuhan Makanan dan Pertanian), CODEX dan USFDA (Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat).

“CODEX, WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) dan FDA sebagai organisasi yang bertanggungjawab, pasti menyedari kesan dan akibat sekiranya ikan tilapia tidak selamat kepada pengguna,” menurut kenyataan itu.

Mengenai dakwaan bahawa tilapia adalah ikan yang tidak bertulang dan tiada kulit, DOF menegaskan ia tidak berasas memandangkan terdapat negara seperti Brazil yang menggunakan kulit tilapia untuk membuat dompet, tali, beg duit dan kasut.

Dakwaan bahawa tilapia mengandungi “dioxin”, iaitu sejenis bahan sampingan yang terbentuk melalui proses kimia, kenyataan itu memaklumkan ia boleh terhasil daripada kejadian semula jadi seperti letusan gunung berapi dan kebakaran hutan.

“Ikan yang diternak di dalam air yang tercemar dengan bahan ini akan menyebabkannya berkumpul di dalam isi ikan tersebut, tidak mengira sama ada ikan tilapia atau jenis ikan yang lain. Oleh itu, pemilihan kawasan ternakan yang bebas daripada bahan kimia ini penting untuk mengelakkan ia daripada tercemar dengan unsur bahaya.

“Jabatan Perikanan juga telah memantau 200 ladang akuakultur yang mempunyai sijil myGAP dan kawalan penyakit bagi menjamin kualiti pengeluaran sumber akuakultur negara,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Perikanan Datuk Adnan Hussain dalam kenyataan sama menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan hebahan palsu, selain menegaskan ia boleh menjejaskan industri akuakultur negara.

Jumlah pengeluaran ikan tilapia bagi 2021 adalah 37,609 tan metrik yang menyumbang kepada pendapatan negara sebanyak RM380 juta. – Bernama

Continue Reading

Previous: Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 6 – 12 April
Next: Usaha kawal tabiat merokok: Cukai vape beri situasi menang-menang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.