Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • HDC nafi dakwaan tular pengagihan Rumah Sri Pertiwi
  • TEMPATAN

HDC nafi dakwaan tular pengagihan Rumah Sri Pertiwi

Utusan Sarawak 5 hours ago

KUCHING: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) menegaskan dakwaan tular mengaitkan perbadanan itu dengan isu pengagihan, penyewaan atau penyalahgunaan rumah di bawah Program Rumah Sri Pertiwi sebagai tidak benar, tidak berasas dan mengelirukan orang awam.

Seksyen Perhubungan Awam HDC dalam kenyataan hari ini memaklumkan setakat ini, projek Program Rumah Sri Pertiwi yang melibatkan HDC melalui kerjasama usaha sama masih pada peringkat pembinaan.

Program itu merupakan inisiatif perumahan mampu milik kerajaan Sarawak yang disasarkan kepada golongan berpendapatan antara RM4,000 hingga RM10,000 sebulan.

“HDC menegaskan bahawa pelaksanaan Program Rumah Sri Pertiwi adalah terbuka untuk dibangunkan oleh pihak kerajaan atau sektor swasta tertakluk kepada dasar serta kelulusan kerajaan Sarawak,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, tular di media sosial dakwaan pengagihan rumah tersebut tidak adil, khususnya kepada pembeli rumah pertama di negeri itu apabila terdapat individu yang membeli kediaman berkenaan untuk penyewaan.

HDC memaklumkan pihaknya memandang serius penyebaran maklumat tidak sahih dan menggesa orang ramai menghentikan penyebaran dakwaan itu.

Orang awam dinasihatkan mendapatkan maklumat rasmi dengan menghubungi HDC melalui talian 082-444381 atau laman sesawang rasmi hdc.sarawak.gov.my.

-BERNAMA

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: UNIFOR sokong pembangunan Kapel St David dengan sumbangan RM195,000
Next: Perpaduan rumah panjang terus jadi benteng keharmonian luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.