Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • HDA perkukuh pembangunan tanah tinggi, projek jalan jadi pemangkin ekonomi Baram
  • TEMPATAN

HDA perkukuh pembangunan tanah tinggi, projek jalan jadi pemangkin ekonomi Baram

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas hari ini mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) Ketujuh di Petra Jaya hari ini. Foto: Gerawat Gala

PETRA JAYA: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) Ketujuh bagi menilai kemajuan pelaksanaan pelbagai inisiatif pembangunan di wilayah tanah tinggi negeri ini.

Mesyuarat tersebut memberi tumpuan kepada kemas kini projek-projek infrastruktur utama termasuk jalan Miri–Marudi, Marudi–Mulu (Kuala Melinau) serta laluan Long Panai–Long Lama (MMMLL) yang menjadi pemangkin keterhubungan dan pertumbuhan ekonomi di kawasan pedalaman, khususnya di Baram.

Selain menilai perkembangan fizikal projek, perbincangan turut menjurus kepada keutamaan strategik bagi memperkukuh pelaksanaan infrastruktur dan program sosioekonomi, selaras dengan aspirasi pembangunan mampan serta inklusif yang digariskan kerajaan negeri.

Mesyuarat itu turut dihadiri Timbalan Pengerusi HDA, Datuk Gerawat Gala, ahli-ahli lembaga serta wakil industri yang berkepentingan dalam memastikan kelancaran perancangan dan pelaksanaan projek di bawah HDA.

Gerawat dalam satu kenyataannya berkata, beliau merakamkan penghargaan atas komitmen dan dedikasi semua ahli lembaga serta kakitangan dalam memastikan agenda pembangunan tanah tinggi dilaksanakan secara terancang dan berkesan.

Katanya, peranan HDA amat penting dalam merapatkan jurang pembangunan antara kawasan tanah tinggi dan kawasan bandar di Sarawak.

Beliau menegaskan kawasan Baram dan penempatan pedalaman sekitarnya mempunyai potensi besar dalam sektor pelancongan, pertanian bernilai tinggi serta ekonomi komuniti.

Namun, cabaran dari segi infrastruktur asas seperti akses jalan raya, bekalan elektrik dan air bersih serta liputan telekomunikasi perlu ditangani secara menyeluruh dan berfokuskan keperluan rakyat.

Menurut beliau, sepanjang lima tahun lalu HDA telah menerima peruntukan sebanyak RM1.5 bilion, dengan RM1.2 bilion digunakan bagi menaik taraf 400 kilometer bekas jalan balak, manakala RM300 juta diperuntukkan untuk projek bekalan air bersih.

Sebahagian besar projek telah siap manakala selebihnya masih dalam pelaksanaan, meskipun berdepan cabaran kos tinggi dan faktor logistik di kawasan pedalaman.

Jalan MMMLL yang telah dilancarkan dan kini dalam pembinaan dijangka menjadi pemangkin baharu kepada pertumbuhan ekonomi penduduk setempat.

Sementara itu, Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) memaklumkan tumpuan berterusan akan diberikan kepada pelaksanaan projek yang lebih bersepadu dan berimpak tinggi, bagi memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai secara langsung oleh komuniti luar bandar sekali gus merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan pedalaman di Sarawak.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: RAYS 2026 perkenal Dana Akses ASEAN, Fellowship 12 bulan perkasa kepimpinan belia serantau
Next: Bintulu Port catat keuntungan bersih RM26.56 juta, umum dividen lima sen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.