Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hazmat JBPM kesan gas mudah terbakar tahap risiko tinggi di Tapak Pesta Kaul, Oya
  • Tengah
  • WILAYAH

Hazmat JBPM kesan gas mudah terbakar tahap risiko tinggi di Tapak Pesta Kaul, Oya

Utusan Sarawak 5 hours ago
OPERASI……Pemantauan dan mengenalpasti bacaan gas di Tapak Pesta Kaul, Oya, hari ini. Foto BBP Mukah

MUKAH: Hasil pemantauan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Zon Bintulu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mendapati kehadiran gas mudah terbakar jenis Methane di Tapak Pesta Kaul, Oya, di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah, Nicholas Belulin berkata, pasukan Hazmat telah menjalankan pemantauan bacaan gas menggunakan peralatan khas Hazmat. 

“Bacaan diambil sebanyak tiga kali pada masa yang berbeza. Keadaan di lokasi adalah tiada berlaku kebakaran dan permukaan tanah kering,” jelasnya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, tiga bacaan yang diambil menggunakan peralatan 4 Gas Meter (GFG) menunjukkan bacaan LEL antara 90 peratus hingga 100 peratus yang menandakan tahap risiko tinggi.

“Kehadiran gas mudah terbakar ini berpotensi mendatangkan bahaya kepada orang awam memandangkan lokasi berkenaan merupakan laluan utama penduduk ke Tapak Pesta Kaul serta kawasan rekreasi,” ujarnya.

Katanya, operasi pemantauan dan mengenalpasti bacaan gas di Tapak Pesta Kaul, Oya, bermula dari 10.30 pagi hingga 5.00 petang, hari ini.

Operasi tersebut turut disertai oleh sepasukan pegawai dan anggota BBP Mukah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Daerah Kecil Oya, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Soil Investigation Company dan Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM).

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Polis Betong dan pengurusan ladang perkukuh kawalan keselamatan pekerja asing
Next: Kerja saliran Jalan Datuk Bandar Mustapha tunjuk kemajuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.