Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hayati, dalami semangat Gawai
  • TEMPATAN

Hayati, dalami semangat Gawai

Utusan Sarawak 2 months ago
SIMBOLIK MAJLIS… Dato Sri Roland Sagah Wee Inn dan kenamaan lain merasmikan Majlis Apresiasi Gawai Dayak 2024 dan Pelancaran Buku Gawai Dayak Coffee Table 2024 di Kuching, hari ini. -Foto UKAS

KUCHING: Buku Gawai Dayak Coffee Table 2024 dilancarkan secara rasmi bagi mendokumentasikan warisan budaya dan sejarah perayaan Gawai Dayak untuk tatapan generasi akan datang.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, yang mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, menyifatkan buku ini sebagai pencapaian penting dalam memastikan semangat Gawai terus dihayati dan diwarisi.

“Buku ini bukan sekadar koleksi gambar, tetapi satu penghormatan kepada tradisi, dokumentasi budaya dan legasi untuk masa depan,” katanya semasa Majlis Apresiasi Gawai Dayak 2024 dan pelancaran buku berkenaan, hari ini.

FOKUS BERUCAP… Dato Sri Roland Sagah Wee Inn menyampaikan ucapan semasa Majlis Apresiasi Gawai Dayak 2024 dan Pelancaran Buku Gawai Dayak Coffee Table 2024 di Kuching, hari ini. -Foto UKAS

Beliau menekankan bahawa Gawai bukan sekadar perayaan, tetapi juga melambangkan warisan, perpaduan dan kebanggaan masyarakat Dayak.

Buku ini akan menjadi rujukan penting bagi generasi muda dalam memahami budaya dan sejarah Gawai.

Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang dan Adat Bumiputera yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram, Datuk Jefferson Jamit Unyat, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantaun Projek), Datuk Gerawat Gala, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Dr Jerip Susil, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Liwan Lagang, Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin serta beberapa pemimpin tempatan yang lain. -UKAS

Continue Reading

Previous: Taktik JPJ menyamar sebagai ‘penumpang bas’
Next: Padawan Municipal Council conclude 2 years tenure with final full council meeting

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.