Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • HAWANA: Wartawan perlu terus bersemangat bantu majukan negara
  • NASIONAL

HAWANA: Wartawan perlu terus bersemangat bantu majukan negara

Utusan Sarawak 1 day ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) ketika mempengerusikan pertemuan bersama Pimpinan PH Sabah di sebuah resort, malam tadi. Hari ini, Perdana Menteri dijadual menghadiri beberapa program termasuk Majlis Perasmian Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2025 di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun, Penampang pada 8.00 pagi ini. FotoBERNAMA

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap wartawan di Malaysia dapat terus bersemangat dalam memainkan peranan mereka memajukan negara selain melaporkan pahit getir yang dihadapi rakyat kini.

Sambil menzahirkan penghargaan kepada pengamal media sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) malam tadi, Perdana Menteri turut menekankan peranan kritikal wartawan dalam menyampaikan berita dan maklumat kepada rakyat.

Beliau berkata peranan itu termasuk tugas mendukung dan menegur dalam usaha membangunkan negeri dan negara.

“Saya ucapkan selamat kepada wartawan yang memikul tugas luar biasa.

“Mereka memainkan peranan kritikal dalam melaporkan pahit getir rakyat,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri perjumpaan dengan pemimpin Pakatan Harapan Sabah di sini, malam tadi.

Anwar turut mengiktiraf pengorbanan dan keperitan yang dilalui wartawan dalam memenuhi komitmen profesion mereka sambil menggesa agar para wartawan terus bekerja dengan penuh semangat.

HAWANA disambut pada 29 Mei setiap tahun dan untuk 2025, Majlis Kemuncak Sambutan HAWANA akan diadakan pada 14 Jun ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dengan perasmian oleh Perdana Menteri.

HAWANA yang dianjurkan Kementerian Komunikasi dengan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebagai agensi pelaksana akan menampilkan pelbagai acara termasuk Pesta Pantun pada 31 Mei dan majlis prapelancaran bersama rakan strategik di Wisma Bernama pada 3 Jun serta forum media anjuran bersama Institut Akhbar Malaysia (MPI) pada 14 Jun. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Hubungan Kerajaan Persekutuan, Sabah harus intim, saling percaya
Next: Tengku Zafrul umum letak jawatan dalam UMNO, mohon sertai PKR

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.