Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • HAWANA salur bantuan kepada dua waris petugas RTM di Sarawak
  • Selatan
  • WILAYAH

HAWANA salur bantuan kepada dua waris petugas RTM di Sarawak

Utusan Sarawak 14 hours ago
Komitmen Kerajaan MADANI dalam menghargai jasa dan kebajikan pengamal media terus dizahirkan melalui inisiatif Tabung Kasih@HAWANA, yang menyalurkan bantuan kepada waris dua petugas Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Sarawak yang meninggal dunia baru-baru ini. Foto Bernama

KUCHING: Komitmen Kerajaan MADANI dalam menghargai jasa dan kebajikan pengamal media terus dizahirkan melalui inisiatif Tabung Kasih@HAWANA, yang menyalurkan bantuan kepada waris dua petugas Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Sarawak yang meninggal dunia baru-baru ini.

Dalam kenyataan Urus Setia Tabung Kasih@HAWANA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching menyerahkan sumbangan kepada Muhd Usman Danial Irwan Budi, anak kepada Allahyarham Irwan Budi Annuar, 51, yang meninggal dunia pada 6 Ogos lepas, akibat barah paru-paru dan penyakit buah pinggang.

Irwan mula berkhidmat di RTM sejak 2005 sebagai penyampai radio, pemberita dan penerbit rancangan.

Turut menerima sumbangan, Paul Jackson Ding, suami kepada mendiang Geogina Clare, 45, yang telah meninggal dunia pada 12 Ogos lepas selepas dilaporkan pengsan di kediamannya.

Mendiang Geogina berkhidmat di RTM sejak 2011 sebagai penyampai radio selama 14 tahun. 

Sumbangan tersebut disampaikan sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 Kementerian Komunikasi (Zon Sarawak) yang berlangsung di RTM Kuching, hari ini.

Tabung Kasih@HAWANA digerakkan oleh Kementerian Komunikasi melalui Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebagai agensi pelaksana. 

Tabung berkenaan yang dilancarkan sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023, merupakan simbol keprihatinan Kerajaan MADANI dalam mengangkat nilai ihsan, empati dan penghargaan terhadap peranan media.

Sehingga kini, seramai 480 pengamal media di seluruh negara telah menerima manfaat daripada inisiatif ini.

Hadir sama Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi Mazlan Abd Mutalib, dan Ketua Biro Bernama Sarawak Hamdan Ismail.

-Bernama

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous:
50 ahli SDNU Sibu sertai taklimat SKSPS dan SKSSR
Next: Gerawat tinjau projek pembangunan di kawasan Poyut Lubok Nibong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.