Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • HAWANA 2025 Sarawak tampil inklusif dengan SMeC 2.0, KASUMES
  • SEMASA

HAWANA 2025 Sarawak tampil inklusif dengan SMeC 2.0, KASUMES

Utusan Sarawak 17 hours ago
TIMBALAN Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof (tengah) merasmikan majlis makan malam sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 dan Persidangan Media Sarawak (SMeC) 2025. Foto UKAS

KUCHING: Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 peringkat Sarawak diraikan dengan lebih inklusif tahun ini dengan penganjuran Persidangan Media Sarawak (SMeC) 2.0 dan pelbagai aktiviti santai bersama komuniti media dari pelbagai latar belakang.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, sambutan tahun ini lebih signifikan apabila turut dianjurkan Karnival Sukan Media (KASUMES) melibatkan zon Kuching, Sibu dan Miri.

Menurut beliau, usaha menghimpunkan wartawan dan pengamal media pelbagai latar belakang dalam suasana santai, selain mengiktiraf sumbangan mereka terhadap pembangunan negeri wajar dipuji.

“Kita sedar warga media ini sering sibuk, berkhidmat 24 jam. Namun tahun ini, semangat kekeluargaan dan kerjasama dapat dilihat jelas dalam acara sukan yang berlangsung.

“Ini bukan sahaja menceriakan suasana tetapi mengeratkan hubungan sesama mereka,” katanya dalam ucapan aluan sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 Peringkat Sarawak dan Persidangan Media Sarawak (SMeC) 2025 di sini, malam ini.

Perasmian majlis itu telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof.

Mengulas tema HAWANA tahun ini, ‘Keseimbangan AI dan Etika’, Datuk Abdullah mengingatkan bahawa teknologi seperti AI hanya alat, yang bergantung kepada tangan siapa yang mengendalikannya.

“Jika digunakan oleh insan berintegriti, AI boleh menjadi pelengkap kepada kebolehan manusia. Tapi jika disalahguna, ia boleh mendatangkan kemusnahan,” tegasnya.

Katanya, nilai kemanusiaan seperti kepekaan, keadilan dan pemahaman terhadap realiti kehidupan tidak boleh digantikan dengan proses mekanikal semata-mata.

Sebagai contoh, beliau menyentuh persediaan ucapannya sendiri malam itu yang dihasilkan dengan bantuan tiga wartawan UKAS berpengalaman lebih 70 tahun secara kolektif.

“Saya bandingkan dengan draf daripada AI, dan saya tetap pilih hasil wartawan. Naratif mereka ada jiwa, ada pengalaman, ada emosi yang sebenar. Itu tidak boleh dihasilkan oleh mesin,” katanya.

Majlis makan malam tersebut dihadiri lebih 300 pengamal media dari seluruh Sarawak dan turut diserikan dengan tayangan montaj aktiviti HAWANA serta persembahan santai oleh warga media.

Dalam majlis sama, beliau turut mengumumkan sumbangan kepada enam kelab dan persatuan media termasuk Kelab Kebajikan Kakitangan Unit Komunikasi Awam Sarawak, Kelab Belia Angkatan Zaman Mansang (AZAM), Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA), Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA), Persatuan Wartawan Sibu (SJA) dan Institut Wartawan Rejang, Sibu.

Turut hadir, Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif & Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datu Hii Chang Kee, Pengarah UKAS, Awang Putrayusrie Awang Redzuan, serta tetamu jemputan lain. – UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sesi Meja Bulat perkongsian ekonomi perkukuh hubungan dagangan Malaysia-Itali
Next: Media digesa terus jadi suara rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.