
Liverpool's Egyptian midfielder Mohamed Salah scores their fourth goal, his third, from the penalty spot during the English Premier League football match between Liverpool and Leeds United at Anfield in Liverpool, north west England on September 12, 2020. - Liverpool won the game 4-3. (Photo by PHIL NOBLE / POOL / AFP) / RESTRICTED TO EDITORIAL USE. No use with unauthorized audio, video, data, fixture lists, club/league logos or 'live' services. Online in-match use limited to 120 images. An additional 40 images may be used in extra time. No video emulation. Social media in-match use limited to 120 images. An additional 40 images may be used in extra time. No use in betting publications, games or single club/league/player publications. /

MOHAMED Salah melakukan hatrik ketika Liverpool melancarkan dalam misi mempertahanan gelaran Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 4-3 yang ketika menentang Leeds di Anfield Hanya 48 hari selepas berakhir kempen musim lalu, aksi Liga Perdana kembali bersambung dengan Liverpool dilihat mempamer corak permainan terbuka sehingga membolehkan Leeds meledak tiga gol.
Pasukan kendalian Jurgen Klopp menang gelaran juara Inggeris buat pertama kalinya sejak tahun 1990 .
Liverpool sedikit buntu apabila Leeds berupaya menyamakan kedudukan sebelum peneyrang dari Mesir, Salah menjaringkan gol kemenangan dengan perlawanan berbaki dua minit.
Leeds kembali ke posisi teratas untuk pertama kalinya dalam 16 tahun dan pasukan Marcelo Bielsa layak mendapat kredit kerana meletakkan Liverpool di bawah tekanan untuk memperlihatkan kekurangan dalam pasukan yang memenangi gelaran dengan 18 mata.
Selepas Liverpool kehilangan Komuniti Perisai kepada Arsenal bulan lalu, ini merupakan satu lagi amaran bahawa ‘The Reds’ tidak mampu berasa selesa dengan kemenangan mereka.
Salah menyempurnakan sepakan penalti minit ke-4 selepas tenangannya sebelum itu terkena tangan Robin Koch.
Leeds mencipta gol penyamaan pada minit ke-12 selepas pemain tengah yang dipinjamkan dari Manchester City, Jack Harrison, melepasi Trent Alexander-Arnold dan Joe Gomez sebelum melengkapkan penyudah rendah yang menarik ke sudut bawah gawang Liverpool.
Virgil van Dijk mengembalikan kelebihan Liverpool lapan minit kemudian dengan tandukan hebat dari sepakan penjuru Andrew Robertson.
Leeds menyamakan kedudukan sekali lagi minit ke-30 sumbangan Patrick Bamford namun Salah berjaya menambah gol tiga minit kemudian menerusi rembatan deras.
Leeds menyamakan kedudukan buat kali ketiga hasil gol Mateusz minit ke-66 sebelum Salah mengesahkan kemenangan Liverpool dengan gol keempat sekali gus hatrik untuknya minit ke-88.
“Leeds sangat istimewa dan mereka membuktikannya pada perlawanan hari ini,” kata Klopp yang memuji barisan pemain Bielsa.
“Cara mereka beraksi, bertahan dan melakukan cabaran sangat bagus dan ia konsisten sepanjang perlawanan.
“Saya juga berpuas hati dengan prestasi pasukan. Kami boleh memperbaikinya lagi pada masa akan datang,” katanya. -AFP