Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Hati-hati memasak tanpa pengawasan
  • KEBAKARAN

Hati-hati memasak tanpa pengawasan

Utusan Sarawak 4 months ago
Keadaan bahan masakan yang hangus selepas ditinggalkan tanpa pengawasan di sebuah kediaman di Taman Beverly Hills Estate, Bintulu.

BINTULU: Sebuah kediaman di Taman Beverly Hills Estate di Jalan Tun Ahmad Zaidi nyaris terbakar pagi tadi akibat bahan masakan yang ditinggalkan tanpa pengawasan.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Penyelamat dan Bomba Malaysia (JPBM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.35 pagi sebelum mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu ke lokasi. 

“Sebaik tiba di tempat kejadian, didapati kebakaran hanya melibatkan bahan masakan dan tidak merebak ke bahagian lain rumah.

“Tiada tindakan pemadaman diperlukan dan anggota bomba menjalankan pemantauan bagi memastikan keadaan selamat sebelum operasi ditamatkan pada jam 9.40 pagi,” katanya.

Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan besar dilaporkan dalam insiden tersebut.

Continue Reading

Previous: Tindakan pantas bomba selamatkan premis musnah dijilat api
Next: Masakan tanpa pengawasan terbakar, remaja dilaporkan selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.