MARUDI: Pemandu kenderaan yang melintasi kawasan Kampung Dagang di sini dinasihatkan memperlahankan kenderaan mereka bagi mengurangkan kesan limpahan air masuk ke dalam rumah.
Pemangku Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Penguasa Kanan Bomba II, Ahmad Nizam Sapaiee berkata beberapa kawasan rendah di kampung Dagang dimasuki air banjir berikutan limpahan air banjir dari kawasan hulu Sungai Baram.
Katanya, beberapa jalan utama di Kampung Narum, Kampung Dagang sekitar pekan Marudi turut dinaiki air.
Dalam pada itu anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi giat menjalankan rondaan dan pemantauan banjir di pekan Marudi, waf komersial kerajaan, sekitar Dataran Marudi, Kampung Padang Kerbau, Kampung Dagang dan Kampung Narum.
Dalam pemantaaun pihak BBP mendapati paras air sungai masih menaik secara perlahan sedalam dua inci.
Katanya jika penduduk yang terjejas banjir memerlukan bantuan diminta menghubungi BBP Marudi di talian 085-755189.
Oleh JIKU JUGUONG