Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Hasrat Pearly-Thinaah muncul juara terbuka Jepun 2025 tidak kesampaian
  • SUKAN

Hasrat Pearly-Thinaah muncul juara terbuka Jepun 2025 tidak kesampaian

Utusan Sarawak 6 hours ago
HASRAT Pearly Tan-M Thinaah muncul beregu wanita pertama meraih gelaran Terbuka Jepun tidak kesampaian apabila tewas kepada pasangan utama dunia Liu Sheng Shu-Tan Ning dari China pada aksi final hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Hasrat Pearly Tan-M Thinaah muncul beregu wanita pertama meraih gelaran Terbuka Jepun tidak kesampaian apabila tewas kepada pasangan utama dunia Liu Sheng Shu-Tan Ning dari China pada aksi final hari ini.

Aksi akhir kejohanan Super 750 berlangsung di Gimnasium Tokyo Metropolitan itu menyaksikan kedua-dua pasangan saling mengejar mata hingga terikat pada kedudukan 6-6.

Bagaimanapun, pilihan utama dari China itu membuktikan kehebatan mereka sekali gus menguasai set pertama dengan kemenangan 21-5.

Set kedua menyaksikan gandingan Sheng Shu-Tan Ning terus garang dengan berada di hadapan 4-0 sebelum menamatkan tempoh 45 minit perlawanan dengan kemenangan 21-14.

Ini merupakan kekalahan ke-12 pasangan negara kepada wakil China itu.

Selaku naib juara Pearly-Thinaah membawa pulang wang kemenangan ASD33,250 (RM141,000) manakala juara pula ASD70,300 (kira-kira RM298,000).

Gandingan ketiga dunia menyamai pencapaian legenda badminton negara Wong Pei Tty-Chin Eei Hui, yang muncul naib juara dalam edisi 2008.

Sementara itu dalam kenyataan dikeluarkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Thinaah berkata mereka gagal mengekalkan rentak akibat tekanan hebat daripada Sheng Shu-Tan Ning.

“Ini bukan permainan yang kami mahukan. Kami akan ambil iktibar daripada kekalahan ini, fokus semula dan bersedia untuk minggu hadapan,” katanya.

Pearly-Thinaah akan meneruskan aksi mereka musim ini di Terbuka China dan selaku pilihan ketiga, pasangan negara dijadual berdepan rakan senegara Ong Xin Yee-Carmen Ting di Olympic Sports Centre Gymnasium, Changzhou pada 22 hingga 27 Julai.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: 30 pegawai PIB Miri sertai zumba, buktikan semangat ‘Segulai Sejalai’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.