Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Hasnol Zam Zam dilantik KSU Kementerian Kerja Raya
  • NASIONAL

Hasnol Zam Zam dilantik KSU Kementerian Kerja Raya

Utusan Sarawak 2 years ago

Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam bin Haji Ahmad yang hadir melapor diri sebagai Ketua Setiausaha KKR yang baharu pagi ini di pejabat Kementerian Kerja Raya Malaysia.

PUTRAJAYA: Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kerja Raya berkuat kuasa hari ini, umum Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Hasnol Zam Zam, 56, sebelum ini ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Mohd Zuki dalam kenyataan hari ini berkata, pelantikan Hasnol Zam Zam adalah berdasarkan kelayakan dan pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang antaranya pengurusan sumber manusia serta pengurusan korporat.

“Saya berkeyakinan penuh beliau mampu melaksanakan tanggungjawab dengan meneruskan visi kementerian untuk menerajui pembangunan infrastruktur dan industri pembinaan negara,” katanya.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Perancangan Bandar dari Universiti Utah, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Perancangan Bandar dari Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat, Hasnol Zam Zam menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Disember 1992. – Bernama

Continue Reading

Previous: Rafizi, Nor Azmie dilantik secara ‘pro-bono’ sebagai ahli Lembaga Amanah Yayasan Peneraju
Next: Sistem myIDENTITY bantu kesan 46,000 penipu identiti, warga asing mohon kerja sektor awam – JPN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.