Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Hasina didakwa atas jenayah terhadap kemanusiaan di Tribunal Bangladesh
  • GLOBAL

Hasina didakwa atas jenayah terhadap kemanusiaan di Tribunal Bangladesh

Utusan Sarawak 5 days ago

Hasina, melarikan diri ke India pada Ogos 2024.

NEW DELHI: Bekas Perdana Menteri Bangladesh yang digulingkan Sheikh Hasina didakwa atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan di sebuah tribunal di Bangladesh berhubung pembunuhan penunjuk perasaan semasa pemberontakan besar-besaran terhadap pemerintahannya tahun lepas.

Hasina, yang melarikan diri ke India pada Ogos 2024 selepas kerajaannya tumbang susulan protes selama beberapa minggu, sedang dibicarakan oleh Tribunal Jenayah Antarabangsa (ICT) Bangladesh.

Tribunal itu memfailkan pertuduhan rasmi terhadap Hasina dan beberapa sekutunya pada Ahad.

“Pasukan penyiasat telah mengemukakan lima pertuduhan terhadap dalang jenayah ini dan komander tertinggi Sheikh Hasina, bekas Menteri Dalam Negeri Asaduzzaman Khan Kamal, serta bekas Ketua Polis Negara Chowdhury Abdullah Al Mamun,” kata Ketua Pendakwa Raya ICT, Muhammad Tajul Islam dipetik sebagai berkata olehn agensi berita Bangladesh Sangbad Sangstha (BSS).

Kira-kira 1,500 orang terbunuh dalam protes yang diketuai pelajar, yang menamatkan pemerintahan parti Liga Awami selama 15 tahun.

“Agensi penyiasat telah merampas rakaman perbualan telefon Sheikh Hasina, di mana beliau berulang kali mengesahkan bahawa beliau mengarahkan semua agensi kerajaan supaya menghapuskan orang awam yang tidak bersalah yang berdemonstrasi secara aman bagi menuntut keadilan, menggunakan helikopter, dron dan kenderaan perisai (APC),” kata Tajul Islam.

Anggota bersenjata Liga Awami dan badan bersekutunya seperti Jubo League dan sayap pelajarnya, Chhatra League, juga dituduh terlibat dalam tindakan keras yang ganas itu.

Bangladesh telah meminta India mengekstradisi bekas pemimpin berusia 77 tahun itu.

Kerajaan sementara yang diketuai Ketua Penasihat Kerajaan Sementara Bangladesh Muhammad Yunus telah berjanji untuk mengadakan pilihan raya umum sebelum Jun 2026.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Rai kemenangan PSG, 2 terbunuh, 559 ditahan 
Next: 30 Terbunuh, lebih 150 cedera ditembak tentera Israel

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.