Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • HASIL USAHAWAN TERLONJAK
  • NASIONAL

HASIL USAHAWAN TERLONJAK

Utusan Sarawak 4 years ago

KOTA BHARU, 5 Mac — Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada sidang media selepas merasmikan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) sempena majlis Sesi Meet & Greet bersama TUBERS Negeri Kelantan hari ini.?--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

• DATUK SERI WAN JUNAIDI JAAFAR

KUALA LUMPUR: Institut Keusahawanan Negara Bhd (INSKEN) melalui dua program bimbingannya telah berjaya melonjakkan hasil keseluruhan 55 usahawan sebanyak RM1.56 juta selepas empat bulan.

Dua program berkenaan adalah INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) Homestay dan Bumiputera Business Enhancement Programme (BBEP).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) Datuk Seri Wan Junaidi Jaafar berkata ilmu keusahawanan dan kemahiran perniagaan yang diberi melalui kaedah bimbingan selama empat bulan mulai September hingga Disember tahun lepas telah membantu meningkatkan hasil jualan mereka.

“Program sokongan seperti IBBC dan BBEP ini dilengkapi dengan latihan dan bimbingan secara holistik serta dipantau bagi memastikan skala kemahiran perniagaan dapat ditingkatkan untuk berdepan dengan pelbagai cabaran yang bakal mendatang,” beliau berkata demikian dalam satu kenyataan semalam.

Wan Junaidi sebelum itu merasmikan Majlis Penyerahan Sijil Program IBBC Homestay dan BBEP Kohort 7, 2020 di Kota Bharu, Kelantan.

Beliau menyeru para usahawan untuk terus menuntut ilmu keusahawanan agar dapat memajukan perniagaan serta bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

Program IBBC dan BBEP telah berjaya mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan apabila 50 peratus daripada peserta IBBC Homestay serta 52 peratus daripada peserta BBEP Kohort 7, 2020 dapat meningkatkan hasil jualan perniagaan masing-masing di antara 20 peratus hingga melebihi 100 peratus. – Bernama

Continue Reading

Previous: Enam HPU jadi pusat pemberian vaksin
Next: Muhyiddin tunai Umrah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.