Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hasil anyaman rotan sumber pendapatan lumayan
  • TEMPATAN

Hasil anyaman rotan sumber pendapatan lumayan

Utusan Sarawak 2 years ago
KREATIF… Suzie Nyaling bergambar bersama bakul anyamannya yang turut dijual sempena Minggu Perpaduan di Tebingan Sungai Kuching, semalam.

KUCHING: Setiap kali bercakap mengenai pembuatan bakul, sudah pasti kita membayangkan bakul anyaman menggunakan tali polivinil klorida (PVC) yang kebiasaannya memiliki gaya yang sederhana dan biasa.

Namun bagi Suzie Nyaling, beliau melakukan sedikit perubahan dengan menghasilkan bakul anyaman yang berbeza sedikit dengan bakul anyaman yang biasa iaitu dengan memasukkan rotan dalam pembuatan beg anyaman tersebut.

“Pada mulanya, saya memang membuat beg anyaman yang biasa, tetapi mendapat sambutan yang agak kurang. Oleh itu, saya perlu membuat kelainan terhadap anyaman saya ini.

“Antara kelainan yang cara buat adalah dari segi pemegangnya iaitu diperbuat daripada rotan, corak ataupun dekorasi,” katanya apabila ditemu bual oleh pemberita Utusan Sarawak sempena Minggu Perpaduan di Tebingan Sungai Kuching di sini, semalam.

MENARIK… Antara bakul anyaman yang dijual oleh Suzie Nyaling sempena Minggu Perpaduan di Tebingan Sungai Kuching, semalam.

Malah, beliau telah menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu Zieony Craft Enterprise yang dilakukannya hanya dari rumah sahaja.

“Semua hasil kraf tangan ini dibuat oleh saya sendiri, namun ada sesetengahnya dibantu oleh suami saya,” katanya.

Dia berkata, harga bakul yang dianyamnya adalah bergantung kepada corak ataupun dekorasi yang dianyam pada bakul tersebut.

“Harganya berbeza sebab proses pembuatan bakul adalah yang berbeza. Ini kerana kalau mahu bakul yang lebih mahal dan menarik ia perlu melalui beberapa proses,” katanya.

Suzie berkata, melalui anyaman bakul yang dibuatnya, dia mampu menjana pendapatan sehingga RM1,000 ke RM4,000 bergantung kepada permintaan pelanggan.

Oleh NICKELYSON LAKUN

Continue Reading

Previous: Bob Yusof lancar single Iban di Kafe Parimpan
Next: STEM Trailblazers Sarawak 2023 tampilkan Raspberry Pi 6 – 8 Julai ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.