Hartanah Kenyalang dapat kontrak bina pos imigresen, rumah di Serikin

Facebook
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Hartanah Kenyalang Bhd, Hartanah Construction Sdn Bhd telah menerima kontrak bernilai RM42.79 juta untuk pembinaan sebuah pos imigresen dan kediaman di Serikin, Bau di Sarawak.

Syarikat itu melalui makuman kepada Bursa Malaysia berkata, kontrak tersebut dijadualkan bermula pada Disember 2025 untuk tempoh 24 bulan.

“Tanpa mengambil kira sebarang keadaan yang tidak dijangka, kontrak itu diunjurkan menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan untuk tahun kewangan berakhir pada 31 Oktober 2026 dan sehingga selesai tempoh kontrak,” katanya. – Bernama

Memahami 22 Julai 1963

MINGGU lalu, Sarawak telah meraikan satu peristiwa yang penuh bersejarah, iaitu Hari Sarawak. Sambutan Hari Sarawak menjadi lebih bermakna dengan

MimiFly ke Indonesia demi Bayan

KUALA LUMPUR: Demi menghidupkan watak Bayan dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM), penyanyi MimiFly sanggup ke Indonesia bagi