Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Hartanah Kenyalang akan perluas perkhidmatan melalui sistem BIM
  • BISNES

Hartanah Kenyalang akan perluas perkhidmatan melalui sistem BIM

Utusan Sarawak 12 hours ago

KUALA LUMPUR: Hartanah Kenyalang Bhd yang mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini bercadang untuk memperluas penyediaan perkhidmatan reka bentuk dan binaan bagi pembinaan bangunan serta segmen perkhidmatan pembinaan infrastruktur melalui pelaburan dalam sistem pemodelan maklumat bangunan (BIM).

Pengarah Urusan Seah Boon Tiat berkata syarikat itu juga akan memperuntukkan kira-kira RM3 juta daripada hasil tawaran awam permulaan (IPO) untuk membeli enam ekskavator baharu bagi meningkatkan kapasiti dan produktiviti.

Syarikat itu dalam kenyataan hari ini berkata Hartanah Kenyalang yang mempunyai sejarah operasi selama 11 tahun dalam industri pembinaan di Sarawak, berjaya mengumpul RM19.3 juta melalui penyenaraian berkenaan.

Selain pembelian ekskavator, syarikat pembinaan bangunan dan infrastruktur yang berpusat di Kuching itu turut memperuntukkan RM10.5 juta bagi modal kerja projek, RM2.1 juta bagi pembayaran balik pinjaman bank dan RM3.8 juta untuk membayar perbelanjaan penyenaraian.

Kaunter itu yang dibuka tidak berubah pada 16 sen sesaham mengakhiri sesi pagi hari ini pada 15.5 sen dengan 166.72 juta saham diniagakan.

Seah dalam kenyataan sama berkata kumpulan itu telah melaksanakan tender bagi pelbagai projek pembinaan bangunan dan infrastruktur di Sarawak, dengan kontrak agregat bernilai RM451 juta setakat 30 April 2025.

“Satu daripada projek infrastruktur yang ditender oleh Hartanah Kenyalang adalah bagi membina sebuah jambatan menggunakan kaedah reka bentuk dan binaan.

“Penggunaan kaedah reka bentuk dan binaan yang menggabungkan BIM dalam operasi Hartanah Kenyalang akan membantu syarikat untuk meningkatkan rantaian nilai dalam industri pembinaan serta menambah daya saing keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga sedang giat membida projek pembinaan pencawang di pelbagai lokasi di Sarawak dalam keadaan pembangunan tenaga boleh baharu yang rancak.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia tinggi pada sesi pembukaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.