Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Harta Datuk Seri Vida berjaya dilelong dengan nilai RM1 juta
  • BISNES

Harta Datuk Seri Vida berjaya dilelong dengan nilai RM1 juta

Utusan Sarawak 10 hours ago
PETUGAS media menanti proses lelongan dilaksanakan di kediaman Datuk Seri Vida di Meru Heights, Ipoh hari ini. 

IPOH: Harta dan barangan termasuk beberapa kenderaan milik usahawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida berjaya dilelong pada harga RM1 juta hari ini.

Antara harta yang dilelong adalah sebuah kenderaan pelbagai guna Toyota Vellfire serta dua kenderaan utiliti sukan Toyota Grand Hiace dan BMW X7.

Selain itu, 727 barangan dalam rumah seperti meja makan, set sofa, penyaman udara, televisyen, gitar elektrik, piano, set karaoke, hiasan dinding serta pasu turut dilelong.

Proses lelongan itu berlangsung selama kira-kira tiga jam bermula 10.30 pagi oleh dua orang pembida di rumah Vida di Meru Heights di sini.

Bagaimanapun, hanya seorang pembida iaitu ahli perniagaan Norzamri Abdullah berjaya memperoleh keseluruhan barangan yang disenaraikan selepas seorang lagi pembida menarik diri disebabkan harga jumlah bidaan yang ditawarkan tidak menepati harga bidaan yang ditetapkan oleh pihak mahkamah. 

Pelelong berlesen S Punithawathi memaklumkan semua barangan sitaan itu berjaya dijual kepada pembida berkenaan dengan bidaan akhir bernilai RM1 juta.

Sementara itu, peguam kepada pihak penuntut Samir Zainal memaklumkan pembida yang berjaya perlu melengkapkan proses pembayaran kepada pihak mahkamah pada hari sama.

Samir bagaimanapun berkata masih terdapat baki tuntutan sebanyak RM100,000 dan baki bayaran itu akan ditentukan kemudian berdasarkan arahan dan perbincangan bersama anak guamnya.

“Saya difahamkan tuntutan bagi baki itu tetap akan diteruskan tetapi jumlahnya tidak besar seperti sebelum ini. Mungkin akan ada proses susulan, sama ada melalui rundingan atau tindakan lain, namun ia bergantung kepada keputusan seterusnya,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan barangan rumah dan empat kenderaan mewah milik Vida di Ipoh, disita selepas gagal melunaskan tunggakan bayaran ubah suai bangunan kilangnya.

Media melaporkan Vida gagal menjelaskan kepada syarikat kontraktor pembinaan bayaran baki tunggakan kerja ubah suai kilangnya di Shah Alam, Selangor, yang dijadikan sebuah studio pada 2018 bernilai RM1,060,285.

-Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan penurunan kadar faedah AS
Next: Pharmaniaga beli hartanah di Terengganu, Sarawak bagi perkukuh kapasiti logistik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.