Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Harry Jinep gesa ibu bapa main peranan tangani masalah dadah di Bau
  • Selatan
  • WILAYAH

Harry Jinep gesa ibu bapa main peranan tangani masalah dadah di Bau

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATUK Henry Harry Jinep ditemui media selepas Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali Parti Demokratik Progresif (PDP) Bahagian Tasik Biru di Dewan Suarah Bau, hari ini.

BAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep menggesa ibu bapa memainkan peranan lebih aktif dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah yang semakin membimbangkan di kawasan ini.

Menurut beliau, sokongan keluarga amat penting bagi memastikan individu yang terjebak dengan penagihan dapat dipulihkan dan tidak kembali kepada aktiviti tersebut selepas ditangkap atau menjalani proses rehabilitasi.

“Kadang-kadang mereka ditangkap, kemudian dijamin oleh keluarga dan keesokan harinya mereka kembali kepada kegiatan yang sama.

“Sebab itu kita perlu bekerjasama dengan ibu bapa supaya mereka benar-benar membantu anak-anak yang terlibat untuk berubah,” katanya.

AHLI-AHLI Parti Demokratik Progresif (PDP) Bahagian Tasik Biru melaungkan slogan semangat parti ketika menghadiri Mesyuarat Agung Tritahunan PDP Bahagian Tasik Biru di Dewan Suarah Bau, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali Parti Demokratik Progresif (PDP) Bahagian Tasik Biru di Dewan Suarah Bau, di sini hari ini.

Menurut Harry Jinep, hasil perbincangan bersama agensi kerajaan termasuk polis dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah mendapati masalah dadah berlaku di banyak kawasan di daerah tersebut.

Katanya, antara kawasan yang dikenal pasti termasuk Singai, Serembu dan Krokong, sekali gus menunjukkan masalah berkenaan tidak tertumpu di satu lokasi sahaja.

Sehubungan itu, beliau berkata kerjasama semua pihak termasuk pemimpin masyarakat, ketua kampung serta keluarga amat penting bagi membantu mengekang penularan gejala tersebut.

Jelasnya lagi, sebahagian individu yang menjalani program rehabilitasi berjaya berubah, namun ada juga yang kembali terjebak akibat kekurangan sokongan keluarga serta kesukaran mendapatkan pekerjaan.

“Ini isu serius dan kita perlu melihatnya secara menyeluruh supaya mereka yang pulih dapat kembali menjalani kehidupan normal,” katanya.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Majlis Tahlil dan Khatam al-Quran eratkan ukhuwah komuniti Kampung Tengah Simanggang
Next: Sejambak Kasih Ramadan: ADUN Kota Sentosa dengan sokongan Farley Mall santuni 58 penerima

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.