Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Harry dan Meghan terbitkan filem perang Afghanistan – Netflix
  • HIBURAN

Harry dan Meghan terbitkan filem perang Afghanistan – Netflix

Utusan Sarawak 4 hours ago
HARRY dan isterinya Meghan akan menerbitkan sebuah filem adaptasi daripada memoir perang Afghanistan.

LOS ANGELES, Amerika Syarikat: Putera Britain, Harry, dan isterinya, Meghan Markle, sedang menghasilkan sebuah filem adaptasi daripada memoir laris berkaitan misi ketenteraan British di Afghanistan, kata Netflix semalam.

No Way Out: The Searing True Story of Men Under Siege, karya Mejar British Adam Jowett, merakamkan pengalaman beliau mengetuai unit pasukan payung terjun dan Royal Irish Rangers pada Julai 2006.

Filem tersebut akan diterbitkan oleh pasangan berkenaan bersama ketua kandungan skrip Archewell Productions, Tracy Ryerson, menurut Netflix kepada AFP.

Matt Charman, calon Anugerah Oscar bagi filem Bridge of Spies (2015), akan mengendalikan penulisan skrip.

Harry dan Meghan yang meninggalkan keluarga diraja Britain dan berpindah ke Amerika Syarikat telah bekerjasama dengan Netflix sejak 2020 dalam usaha membina kerjaya sendiri, bebas daripada pembiayaan pembayar cukai Britain.

MEMOIR laris berjudul No Way Out: The Searing True Story of Men Under Siege, karya Mejar British Adam Jowett, bakal diadaptasi sebagai sebuah filem.

Platform penstriman itu mencatat kejayaan menerusi dokumentari pendedahan mereka, Harry & Meghan, namun beberapa projek seterusnya di bawah perjanjian bernilai sekitar AS$20 juta dilaporkan kurang berjaya.

Antaranya termasuk siri gaya hidup With Love, Meghan yang memaparkan bekas pelakon itu sebagai hos kepada tetamu di sebuah kediaman mewah di California melalui pelbagai projek seni dan kraf.

Kritikan menyifatkan siri tersebut sebagai tidak sensitif dan kurang kreatif, sebelum dihentikan selepas dua musim.

Tahun lalu, pasangan itu menandatangani perjanjian ‘first-look’ yang lebih terhad dengan Netflix.

Harry, anak bongsu Raja Charles III pernah menjalani dua lawatan tempur di Afghanistan ketika berkhidmat dalam Tentera British, dan mencapai pangkat kapten sebelum tamat perkhidmatan. – AFP

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Dari Dubai ke Bukit Jalil: Kisah sebalik tabir pelancaran audio filem ke-69 Vijay
Next: Harry Styles kukuh sebagai bintang pop dunia selepas sedekad bersama One Direction

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.