Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • ‘Harmoni dalam Kepelbagaian’ jadi teras tadbir urus Sarawak
  • SEMASA

‘Harmoni dalam Kepelbagaian’ jadi teras tadbir urus Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
PERASMIAN…..Saraswathy (empat kiri) menyempurnakan majlis perasmian majlis perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 2025 Peringkat Negeri Sarawak di Dataran Tun Tuanku Bujang, di sini hari ini. Turut kelihatan ialah Anyi serta yang lain.

SIBU: Kepimpinan dan pentadbiran negeri Sarawak terus menonjolkan pendekatan inklusif serta muhibbah dalam pelantikan pemimpin pelbagai kaum di peringkat negeri dan komuniti sekali gus mencerminkan amalan integrasi dan kebersamaan dalam tadbir urus negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana berkata, prinsip ‘Harmoni dalam Kepelbagaian’ di Sarawak bukan sekadar slogan, tetapi merupakan realiti kehidupan masyarakat yang mengamalkan toleransi, saling menghormati, serta bekerjasama tanpa mengira bangsa dan agama.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 2025 Peringkat Negeri Sarawak di Dataran Tun Tuanku Bujang, di sini hari ini.

Menurut Anyi, sambutan Minggu Perpaduan di Sarawak melibatkan penyertaan pelbagai agensi kerajaan negeri dan persekutuan, serta organisasi awam, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).

Tema sambutan pada tahun ini, ‘Harmoni dalam Kepelbagaian’, bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan perpaduan dan integrasi nasional demi mewujudkan negara yang stabil dan harmoni.

“Program ini memupuk semangat patriotik dan cintakan negara melalui penghayatan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, serta membentuk masyarakat bertanggungjawab dan bertoleransi,” ujar beliau.

Beliau menggesa agar kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sentiasa kekal dan mantap bagi mendokong usaha mengekalkan perpaduan di negeri ini.

“Kerjasama ini juga penting bersama persatuan-persatuan masyarakat bagi memastikan perpaduan sentiasa terpelihara dan memperkasakan masyarakat di peringkat akar umbi,” tambah beliau.

Beliau menegaskan bahawa gerak kerja perpaduan melalui KRT, SRS, Tabika Perpaduan, KRN dan SRN merupakan rantai kukuh yang saling melengkapi dalam membina harmoni dalam kepelbagaian di Sarawak.

“Program ini menyentuh setiap lapisan umur daripada kanak-kanak, belia, dewasa hingga warga emas, menjadikan perpaduan bukan sahaja dasar, tetapi budaya hidup masyarakat Sarawak,” kata Anyi.

Program Sambutan Minggu Perpaduan 2025 peringkat negeri Sarawak berlangsung dari 25 hingga 27 Julai dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Senator Saraswathy Kandasami.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Cuaca panas: Sibu, Marudi, Telang Usan, Limbang tahap berjaga-jaga
Next: Toh Puan Fauziah sambut ketibaan Raja Permaisuri Agong di Labuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.