Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Harimau Malaya terima empat lagi pemain warisan
  • SUKAN

Harimau Malaya terima empat lagi pemain warisan

Utusan Sarawak 2 days ago
KETUA Jurulatih Bola Sepak Kebangsaan Peter Cklamovski (kanan) memberi arahan kepada pemain Skuad Harimau Malaya ketika menjalani sesi latihan sebagai persiapan menjelang perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 bertemu Cape Verde dan perlawanan kedua Kumpulan F bagi Kelayakan Piala Asia 2026/2027, di Pusat Latihan Johor Darul Ta’zim (JDT). Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya menerima tonik berharga menjelang perlawanan Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Jun, menerusi kemasukan empat lagi pemain warisan baharu negara.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan empat pemain itu ialah penyerang kelab America de Cali dari Colombia, iaitu Rodrigo Holgado, pemain pertahanan Sabah FC Jon Irazabal dari Azerbaijan, penyerang Velez Sarsfield dari Argentina, Imanol Machuca dan penyerang kelab Turki Istanbul Basaksehir, iaitu Joao Figueiredo.

“Empat pemain itu telah beberapa hari menjalani sesi latihan bersama pasukan dan menunjukkan prestasi cukup membanggakan.

“Mereka sebagai pemain yang berkualiti, cukup bersedia untuk memperkukuh skuad negara demi merealisasikan impian seluruh rakyat Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Menerusi kenyataan sama, Machuca, 25, menyifatkan peluang menyarung jersi pasukan kebangsaan amat istimewa dan penghormatan besar buat dirinya. 

Holgado, 29, pula mengakui sudah jatuh cinta dengan suasana di Malaysia dan bersedia memberikan segala-galanya buat pasukan kendalian Peter Cklamovski itu.

Sementara itu, Irazabal, 28, yang berkongsi keterujaan untuk bermain bagi skuad negara dengan menyifatkannya sebagai momen cukup unik, manakala Figueiredo, 29, pula berhasrat melangkah lebih jauh bersama Harimau Malaya di pentas Asia.

Kemasukan empat pemain itu menjadikan Malaysia memiliki tujuh pemain warisan baharu bagi tahun ini.

Sebelum ini, FAM mendapatkan khidmat tiga pemain warisan, iaitu pertahanan tengah Facundo Garces yang pernah bermain di liga utama Argentina, tonggak tengah kelab Portugal Portimonense SC, Hector Hevel dan pemain pertahanan kiri Gabriel Palmero yang mewakili kelab Sepanyol CD Tenerife B.

Malaysia dan Vietnam kini berkongsi kedudukan teratas Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 dengan tiga mata selepas masing-masing mencatat kemenangan dalam aksi pertama.

Harimau Malaya memulakan kempen Kumpulan F dengan kemenangan 2-0 ke atas Nepal di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri di Johor pada Mac, manakala Vietnam menewaskan Laos 5-0 di laman sendiri.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Rookies Cup: Hakim Danish tekad ulangi kejayaan di Litar Aragon
Next: Aaron Chia-Wooi Yik tersingkir awal di Terbuka Indonesia 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.