Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hari Terbuka Sarawak Water galak penggunaan aplikasi digital
  • Utara
  • WILAYAH

Hari Terbuka Sarawak Water galak penggunaan aplikasi digital

Utusan Sarawak 4 hours ago
BERSAMA MEDIA… Awang Fardillah bersama Sherielyn, Muries dan Caroline pada Makan Malam Sarawak Water Sdn Bhd bersama pengamal media Limbang

LIMBANG: Hari Terbuka Sarawak Water 2026 sempena Hari Air Sedunia 2026 berlangsung hari ini bukan sahaja mendekatkan agensi itu dengan komuniti, malah turut menggalakkan masyarakat menggunakan kemudahan digital aplikasi Sarawak Water.

Pengurus Unit Jenama, Media dan Kempen, Jabatan Komunikasi Korporat Sarawak Water Sdn Bhd, Awang Fardillah Awang Hussin berkata melalui aplikasi itu, pengguna boleh memantau jumlah penggunaan air harian secara terus, selain membuat pembayaran bil secara dalam talian dengan lebih mudah, cepat dan selamat.

“Pada Hari Terbuka Sarawak Water 2026 ini, kita menggalakkan orang ramai memuat turun aplikasi mudah alih itu yang menjadi platform komunikasi dua hala antara pengguna dengan Sarawak Water, termasuk bagi menyalurkan maklum balas atau aduan, selain membayar bil secara digital,” katanya pada majlis Makan Malam Sarawak Water Sdn Bhd bersama pengamal media Limbang semalam.

Awang Fardillah berkata, pada masa yang sama Hari Terbuka Sarawak Water 2026 turut memberi kesedaran kepada masyarakat supaya mengurangkan perbuatan vandalisme, khususnya yang melibatkan kemudahan bekalan air.

“Program ini juga merupakan inisiatif kami untuk mempromosikan kempen antivandalisme serta meningkatkan kesedaran tentang bahaya vandalisme, khususnya yang melibatkan kemudahan bekalan air,” katanya.

Beliau menjangkakan kehadiran kira-kira 300 pengunjung pada program yang diadakan di Loji Rawatan Air Berawan itu, bermula dari 8.30 pagi hingga 2.00 petang.

“Rebutlah peluang untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana bekalan air bersih diproses,” ujarnya.

Hari Terbuka Sarawak Water 2026 kali ini bertemakan Water and Gender.
Antara program menarik yang bakal diadakan termasuk  lawatan berpandu ke loji rawatan air, gerai pameran (penyelenggaraan, khidmat pelanggan dan bil,  kuiz penjimatan air dan  cabutan bertuah  penyampaian hadiah.

Turut hadir Pengurus Sarawak Water Sdn Bhd Kawasan Limbang, Muries Lukong; Eksekutif Komunikasi Korporat Sarawak Water Sdn Bhd Wilayah Utara, Caroline William; dan Penyelia Pentadbiran Sarawak Water Sdn Bhd Kawasan Limbang, Sherielyn Ting.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tapak bersejarah Rumah Api Tanjung Lobang bakal dipertingkatkan
Next: Hari Ibu SIDS Marudi himpun 600 tetamu, raikan jasa wanita

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.