Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hari Terbuka ARB Kuching perkukuh komitmen perkhidmatan pewarisan
  • Selatan
  • WILAYAH

Hari Terbuka ARB Kuching perkukuh komitmen perkhidmatan pewarisan

Utusan Sarawak 1 day ago
UCAPAN alu-aluan daripada Pengarah Urusan Kumpulan Amanah Raya Berhad, Ahmad Feizal Sulaiman Khan pada Program Hari Terbuka Bersama Pelanggan Amanah Raya cawangan Kuching, hari ini.

KUCHING: Amanah Raya Berhad (ARB) Cawangan Kuching telah menganjurkan Program Hari Terbuka Bersama Pelanggan di premisnya di Jalan Kulas, semalam, bagi memperkukuh hubungan serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap perkhidmatan perancangan pewarisan yang ditawarkan.

Program tersebut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat termasuk Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri Ir. Irwan Zulkarnain Muhammad Hasbie, Peguam Besar Negeri Sarawak Dato Sri Saferi Ali, Penasihat Undang-Undang Negeri Dato Sri JC Fong, dan Ketua Pegawai Eksekutif Amanah Raya Trustees Berhad Zainudin Suhaimi.

Pengarah Urusan Kumpulan Amanah Raya Berhad, Ahmad Feizal Sulaiman Khan dalam ucapannya berkata, program itu menjadi platform penting bagi menyampaikan maklumat perkhidmatan seperti penulisan wasiat, pengurusan amanah dan pentadbiran pusaka kepada orang ramai.

RASMI…Ir. Irwan Zulkarnain Muhammad Hasbie bersama tetamu yang lain bergambar kenang-kenangan ketika simbolik perasmian Program Hari Terbuka Bersama Pelanggan Amanah Raya cawangan Kuching, hari ini. 

“Ia juga berperanan sebagai saluran komunikasi dua hala antara Amanah Raya dan pelanggan untuk menerima maklum balas serta memahami keperluan semasa masyarakat, khususnya di Sarawak,” katanya.

Beliau menekankan bahawa hubungan erat dengan pelanggan adalah kunci kepada penyampaian perkhidmatan yang relevan, mesra pengguna dan efisien.

Sejak penubuhannya pada 1921, Amanah Raya telah mendaftarkan lebih 1.2 juta wasiat, menyelesaikan lebih 350,000 kes pusaka serta mengurus 67,000 fail amanah dengan nilai keseluruhan melebihi RM21 bilion.

Sementara itu, cawangan Kuching yang mula beroperasi sejak 2015 telah mengurus lebih 15,000 fail pusaka dan amanah dengan nilai mencecah RM300 juta setakat 31 Mei 2025.

Bagi memperkukuh mutu perkhidmatan, Amanah Raya giat melaksanakan pelbagai inisiatif penambahbaikan termasuk menaik taraf fasiliti pejabat, memperluas saluran digital dan memantapkan sumber manusia.

Amanah Raya kekal komited untuk terus menyediakan perkhidmatan perancangan pewarisan yang sistematik, efisien dan berintegriti demi manfaat semua lapisan masyarakat.

Oleh Norman B.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BBP Sarikei anjur ceramah dan demonstrasi kebakaran di Hospital Sarikei
Next: Sebahagian jalan masuk Blok B Hospital Miri ditutup sementara mulai malam ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.