Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hari Tanpa Kereta Miri 2025 meriah dengan tema kain pelikat
  • Utara
  • WILAYAH

Hari Tanpa Kereta Miri 2025 meriah dengan tema kain pelikat

Utusan Sarawak 6 hours ago
MERIAH…Sekitar suasana program Hari Tanpa Kereta Bandar Raya Miri 2025 yang berlangsung di perkarangan Dewan Bandaraya Miri hari ini. 

MIRI: Penganjuran Hari Tanpa Kereta Bandar Raya Miri 2025 tampil lebih unik tahun ini apabila mengetengahkan tema kain pelikat, selain dimeriahkan dengan pelbagai sukan rakyat dan aktiviti tradisional.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM), Adam Yii Siew Sang berkata, pemilihan kain pelikat sebagai tema adalah simbolik kepada nilai kesederhanaan, perpaduan dan warisan budaya masyarakat Malaysia.

“Kain pelikat bukan sekadar pakaian tradisional, ia melambangkan gaya hidup sederhana dan mengingatkan kita kepada akar budaya yang menyatukan pelbagai lapisan masyarakat.

“Ia selari dengan semangat Hari Tanpa Kereta yang bukan sahaja mempromosikan kelestarian alam sekitar, tetapi juga nilai budaya yang menyatukan rakyat,” katanya ketika berucap pada program tersebut yang berlangsung di perkarangan Dewan Bandaraya Miri, hari ini.

MERIAH…Sekitar suasana program Hari Tanpa Kereta Bandar Raya Miri 2025 yang berlangsung di perkarangan Dewan Bandaraya Miri hari ini. 

Acara turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti warisan seperti melastik, memanah tradisional, dan permainan rakyat lain.

Yii berkata, penganjuran program ini juga seiring dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, khususnya SDG 3 (Kesihatan Baik dan Kesejahteraan), SDG 11 (Bandar dan Komuniti Mampan), serta SDG 13 (Tindakan Iklim).

“Matlamat kami jelas iaitu mempromosikan gaya hidup sihat, menyediakan ruang awam yang selamat, berkongsi ilmu melalui pameran dan pemeriksaan kesihatan, serta mengukuhkan kerjasama antara kerajaan, NGO, sektor swasta dan masyarakat,” ujarnya.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Jalan rosak di Banting Lawas undang risiko, penduduk desak tindakan segera
Next: Semarak perpaduan, kibarkan Jalur Gemilang di setiap rumah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.