Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Hari Sarawak: Perpaduan asas pembangunan mampan negeri – Abang Johari
  • SEMASA

Hari Sarawak: Perpaduan asas pembangunan mampan negeri – Abang Johari

Utusan Sarawak 20 hours ago
HARI SARAWAK….Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

KUCHING: Perpaduan rakyat pelbagai kaum dan agama menjadi asas kukuh dalam menjayakan pembangunan mampan negeri serta menuju status wilayah maju berpendapatan tinggi menjelang 2030, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata sambutan Hari Sarawak tahun ini yang bertemakan “Sarawak Maju Makmur” mencerminkan komitmen kerajaan negeri dan masyarakat untuk memperkukuh hubungan erat antara satu sama lain. 

“Kerajaan Sarawak akan terus melaksanakan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) bagi menjamin kemakmuran sosioekonomi yang inklusif,” katanya menerusi laman Facebook Pejabat Premier Sarawak hari ini.

Perutusan berkenaan turut dimuatkan dalam buku atur cara rasmi sambutan Hari Sarawak 2025 peringkat negeri yang akan berlangsung di Miri esok. 

Abang Johari turut menyatakan komitmen kerajaan untuk memperkasakan ekonomi digital dan kecerdasan buatan (AI), memacu kelestarian alam sekitar serta membangunkan sektor utama berasaskan minyak dan gas, perladangan, pelancongan dan pertanian moden secara agresif. 

Beliau berkata pendidikan berkualiti dan inklusif juga merupakan teras pembinaan modal insan.

“Justeru, bermula tahun hadapan, pendidikan percuma akan disediakan untuk semua pelajar Sarawak dalam bidang-bidang tertentu di universiti milik Kerajaan Sarawak. Ini bagi memastikan tumpuan pembelajaran dan meringankan beban kewangan keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan komitmen kerajaan negeri untuk terus memperjuangkan hak-hak Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan merakamkan penghargaan kepada semua pihak menjayakan sambutan Hari Sarawak tahun ini.

“Semoga Sarawak terus maju, makmur, dan kekal sebagai wilayah contoh keharmonian di Malaysia. Selamat Menyambut Perayaan Hari Sarawak 2025,” katanya.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah zahir ucapan sempena sambutan Hari Sarawak 2025
Next: Hari Sarawak manifestasi jati diri anak Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.