Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Hari Sarawak Lambang Identiti dan Perpaduan – Dr Sim
  • SEMASA

Hari Sarawak Lambang Identiti dan Perpaduan – Dr Sim

Utusan Sarawak 2 days ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

KUCHING: Rakyat Sarawak, khususnya generasi muda, digesa agar terus menjadikan sambutan Hari Sarawak sebagai lambang identiti, warisan budaya, dan perpaduan negeri ini, tidak kira yang mana mereka berada.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, dalam perutusannya sempena sambutan Hari Sarawak 2025, menegaskan bahawa tarikh 22 Julai bukan sekadar cuti umum, sebaliknya merupakan detik bersejarah yang mengingatkan rakyat terhadap pembentukan identiti Sarawak sebelum penyertaan dalam Persekutuan Malaysia pada 1963.

“Jika bukan anak Sarawak sendiri yang meraikannya, siapa lagi? Adakah Australia, Kanada atau Malaysia akan meraikannya bagi pihak kita? Tidak…Ini tanggungjawab kita sebagai rakyat Sarawak,” tegasnya.

Beliau menambah, Hari Sarawak merupakan wadah menyemarakkan semangat kekitaan serta menonjolkan keunikan budaya dan nilai terbaik negeri ini.

Sambutan rasmi Hari Sarawak tahun ini diadakan di Miri, bermula dari 20 hingga 22 Julai, dengan pelbagai acara kemuncak termasuk persembahan gala yang menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat.

Beliau turut menekankan bahawa sambutan ini bukan semata-mata simbolik, malah berperanan penting dalam memperkukuh jati diri Sarawak selaras dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 2030 (PCDS 2030).

“Segala usaha ini adalah demi membangunkan negara Sarawak ke arah kesejahteraan, keharmonian dan keterangkuman. Kita kini semakin hampir mencapai sasaran tersebut,” ujarnya penuh semangat.

Mengakhiri perutusan itu, beliau mengucapkan Selamat Hari Sarawak kepada seluruh rakyat Sarawak, sama ada di dalam negeri mahupun di perantauan, serta berharap sambutan ini akan terus menjadi platform untuk memupuk semangat kenegaraan dan kecintaan terhadap negeri tercinta. – UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak terus perkasa hak negeri berdasarkan MA63 dan Perlembagaan
Next: 8,000 sertai Perarakan Perpaduan sempena Hari Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.