Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hari Potensi KEMAS Zon 5 serlah bakat, sahsiah anak prasekolah
  • Utara
  • WILAYAH

Hari Potensi KEMAS Zon 5 serlah bakat, sahsiah anak prasekolah

Utusan Sarawak 2 days ago
TAHNIAH…Therry George Anyi menyerahkan trofi kepada wakil Bintulu yang memenangi keseluruhan pertandingan sempena Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika/Taska Kemas Peringkat Zon 5, 2025. Foto: Jiku Juguong

MARUDI: Pendidikan awal kanak-kanak merupakan kunci utama dalam pembentukan generasi yang cemerlang, kata Pegawai KEMAS Daerah Marudi, Therry Noel George Anyi.

Menurut beliau, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) sentiasa komited dalam melaksanakan tanggungjawab memperkasa sistem pendidikan awal, bukan sahaja dari segi pengetahuan, tetapi juga dalam membentuk sahsiah dan karakter positif dalam kalangan kanak-kanak.

“Kita tidak hanya mahu mereka cemerlang dalam pelajaran, tetapi juga berjaya dalam kehidupan. Mereka perlu belajar untuk berkawan, bersaing secara sihat, berkomunikasi dengan baik dan menjadi warganegara yang bertanggungjawab,” katanya ketika berucap mewakili Pengarah KEMAS pada Majlis Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika/Taska KEMAS Peringkat Zon 5, di sini baru-baru ini.

Program Hari Potensi KEMAS merupakan acara tahunan yang dijadikan sebagai aktiviti kokurikulum Tabika, membabitkan penyertaan kanak-kanak berumur lima dan enam tahun dari seluruh negara.

Bagi edisi 2025, Zon 5 menghimpunkan penyertaan dari tujuh kawasan Parlimen iaitu Hulu Rejang, Bintulu, Sibuti, Miri, Limbang, dan Lawas, dengan Marudi bertindak sebagai tuan rumah.

Sebanyak enam acara dipertandingkan iaitu Bicara Berirama, Sayembara Deklamasi Sajak, Nasyid, Huffaz Cilik, Pentomin Cilik, dan Ikon Bitra Ilmu.

 PENGHARGAAN…Therry George Anyi menyampaikan cenderamata kepada SAO Fazzwan Yunus. Foto: Jiku Juguong

Menurut Therry, pertandingan ini bermula dari peringkat daerah sebelum melangkah ke peringkat zon, negeri dan seterusnya mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.

Beliau menambah, objektif utama penganjuran program adalah untuk mencungkil bakat, memupuk nilai-nilai murni, membentuk keyakinan diri, meningkatkan kecergasan mental dan ketangkasan fizikal, serta mengembangkan minat, kreativiti dan penghargaan terhadap warisan budaya dalam kalangan kanak-kanak prasekolah, selaras dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).

Therry turut merakamkan penghargaan kepada para guru dan Pemaju Masyarakat atas usaha gigih mendidik serta membimbing anak-anak, di samping menzahirkan terima kasih kepada ibu bapa atas sokongan padu dalam menjayakan program berkenaan.

“Saya berharap potensi anak-anak yang dipamerkan dalam program ini dapat memberi inspirasi dan semangat baharu kepada semua pihak untuk terus berusaha dalam mendidik generasi masa depan negara,” ujarnya.

Program berkenaan telah dirasmikan oleh Pegawai Tadbir Sarawak, Pejabat Daerah Marudi, Fazzwan Yunus, yang mewakili Pegawai Daerah Marudi.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Latihan kebakaran perkukuh keselamatan tempat kerja PMG Sarikei
Next: Program vaksinasi anti-rabies percuma untuk anjing di Lawas sepanjang Oktober-November

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.