Hari Pekerja: Penghargaan buat tenaga kerja

Facebook
WhatsApp
DATUK Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki. Foto UKAS

KUCHING: Hari Pekerja merupakan penghormatan kepada setiap individu yang telah menyumbang tenaga, masa dan komitmen demi kemajuan serta kesejahteraaan negeri dan negara.

Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki menekankan peranan penting setiap tenaga kerja di Malaysia ammya dan Sarawak khususnya sebagai teras yang memacu usaha pembangunan.

“Anda bukan sahaja berkhidmat, tetapi memimpin arah masa hadapan.

“Dedikasi, keringat dan iltizam anda menjadi nadi yang menggerakkan kemajuan dan pembangunan,” katanya dalam perutusan khas semalam sempena sambutan Hari Pekerja 2025.

Dalam pada itu, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pekerja yang sentiasa gigih memberikan usaha dan komitmen tertinggi.

“Teruslah berbakti dengan bangga, kerana anda tulang belakang ke arah Sarawak yang Maju Makmur. Syabas dan tahniah,” katanya. – UKAS

Tiga kawasan catat IPU sangat tidak sihat

KUCHING: Keadaan kualiti udara di Sarawak terus merosot apabila tiga stesen pemantauan merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sangat