Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hari Muzium Antarabangsa berpotensi tersenarai dalam kalendar pelancongan Sarawak
  • TEMPATAN

Hari Muzium Antarabangsa berpotensi tersenarai dalam kalendar pelancongan Sarawak

Utusan Sarawak 2 years ago
DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkesempatan melawat pameran pada sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2023 di Muzium Budaya Borneo, hari ini. Turut hadir, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Datuk Aaron Dagang, Tan Sri Datuk Amar Asfia Awang Nassar, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian dan Datuk Amar Abu Bakar Marzuki. Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan akan mempertimbang untuk menyenaraikan Hari Muzium Antarabangsa (HMA) dalam Kalendar Pelancongan Sarawak.

Menterinya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sambutan itu berpotensi diangkat setaraf dengan program antarabangsa yang lain.

Justeru, beliau yakin penganjuran HMA adalah inisiatif yang baik sebagai pemangkin ekonomi berimpak tinggi bagi semua aktiviti berkaitan hospitaliti dan pelancongan tempatan di Sarawak.

“Kerajaan negeri, baik di peringkat kementerian dan jabatan, melihat sambutan HMA ini sebagai satu perkara positif jika tersenarai dalam kalendar pelancongan tahunan. 

“Penganjuran sambutan HMA edisi ke-27 secara berkolaborasi antara Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dan Jabatan Muzium Sarawak (JMS) sudah tentu menjanjikan program dan aktiviti menarik serta berimpak tinggi,” katanya  

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2023 di Muzium Budaya Borneo, hari ini. 

Pada sambutan kali ini, Jabatan Muzium Sarawak sekali lagi dipilih menjadi tuan rumah selepas penganjuran kali pertama pada 2003 dan kali kedua, 2013. 

Selain itu, sebanyak 27 muzium negeri dan agensi mengambil bahagian melibatkan seramai 800 kontinjen.  

Sambutan HMA 2023 bertemakan ‘Muzium, Kemampanan dan Kesejahteraan (Museums, Sustainability and Well-Being) yang diadakan di Muzium Budaya Borneo bermula hari ini hingga 5 Ogos ini dijangka menarik seramai 50,000 pengunjung. 

“Antara program yang menjadi tumpuan adalah 34 gerai pameran yang disertai  muzium seluruh Malaysia, termasuk muzium dari Indonesia dan beberapa agensi lain sepanjang enam hari berlangsungnya sambutan HMA.

“Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti lain.

“Antaranya, jualan Sarawak Heritage Kitchen, persembahan Kebudayaan, bengkel, seminar, forum dan banyak lagi aktiviti – yang pastinya menjanjikan pengalaman yang unik dan diingati.

“Saya berharap para pengunjung tidak melepaskan peluang dan turut serta dalam sambutan HMA 2023 ini,” ujar Karim. 

Oleh Azreen Keria 

Continue Reading

Previous: Abal wakil UiTM Cawangan Sarawak ke Orlando
Next: Gunakan pendekatan terkini tonjolkan keunggulan muzium – Aaron  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.