Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hari Memperingati Arwah: Penganut Kristian kunjungi kubur
  • TEMPATAN

Hari Memperingati Arwah: Penganut Kristian kunjungi kubur

Utusan Sarawak 5 years ago
PARA pengunjung menyalakan lilin ketika penganut Kristian menyambut Hari Memperingati Arwah di Tanah Perkuburan Kristian Katolik di Temudok, Bandar Simanggang.

SIMANGGGANG: Beberapa tanah perkuburan di bandar ini menjadi tumpuan penduduk beragama Kristian yang menyambut Hari Memperingati Arwah (All Souls’ Day) pada Isnin lalu.

Walaupun hari berkenaan disambut pada Isnin namun, hasil tinjauan rambang mendapati bahawa penduduk beragama Kristian sudah mula menziarah tanah perkuburan Kristian di sini bagi tujuan itu bermula Ahad lalu.

Antara lokasi yang menjadi tumpuan adalah Tanah Perkuburan Katholik di Temudok dan Tanah Perkuburan Kristian Anglican berdekatan Kampung Sutong.

Beberapa penduduk dilihat sebak sebaik sahaja tiba di kawasan perkuburan sanak- saudara dan dilihat membersihkan kawasan perkuburan.

Sebaik sahaja selesai kerja pembersihan, para pengunjung ini dilihat mendoakan roh saudara-mara mereka sebelum bertindak menyalakan lilin dan meletak bunga di pusara.

Terdahulu, Hari Memperingati Arwah adalah merupakan hari yang ditetapkan oleh Gereja Roman Katolik dan gereja lain bagi memperingati orang beriman yang telah meninggal dunia.

Perayaan ini adalah berlandaskan doktrin bahawa roh orang beriman yang sewaktu matinya tidak dibersihkan daripada dosa kecil atau belum ditebus kesalahan lama, tidak berupaya untuk memperoleh penglihatan rahmat dan mereka dapat dibantu dengan doa dan dengan penyerahan misa.

Perayaan ini jatuh pada 2 November setiap tahun dan merupakan urutan kepada Hari Para Orang Kudus (All Saints’ Day).

Oleh Valentine Ngumbang

Continue Reading

Previous: Fatimah terima kunjungan Dev Kumar
Next: ‘Pengintip’ kini berada di udara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.