Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hari keluarga eratkan silaturahim masyarakat Berawan
  • Utara
  • WILAYAH

Hari keluarga eratkan silaturahim masyarakat Berawan

Utusan Sarawak 1 day ago
ERAT SILATURAHIM…Datuk Gerawat Gala bersama isteri Datin Ester Mujan Balan bergambar kenangan bersama komuniti Berawan.

BARAM: Masyarakat Berawan merupakan antara komuniti minoriti di Sarawak yang mempunyai sejarah, budaya dan identiti unik yang perlu terus dipelihara.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala berkata warisan tersebut perlu dipertahankan dan diwariskan kepada generasi muda agar identiti masyarakat Berawan terus kekal dan dihargai dalam kepelbagaian budaya di negeri ini.

Beliau berkata kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sentiasa memberi penekanan kepada pembangunan yang inklusif dan seimbang.

“Ini bermakna setiap komuniti termasuk masyarakat Berawan perlu turut menikmati manfaat pembangunan yang sedang pesat dilaksanakan di seluruh Sarawak,” katanya.

Menurutnya, kerajaan melaksanakan pelbagai usaha bagi memperkasakan pendidikan, pembangunan luar bandar, kemudahan infrastruktur serta membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada rakyat.

Tambah beliau, antara inisiatif penting yang diumumkan kerajaan Sarawak ialah pemberian pendidikan percuma di institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri.

“Inisiatif ini pastinya membuka lebih banyak peluang kepada anak-anak Sarawak untuk melanjutkan pelajaran tanpa membebankan kewangan keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Keluarga Persatuan Berawan Sarawak di sini, semalam.

Dalam pada itu, Gerawat berkata program seumpama itu amat penting kerana bukan sahaja menjadi medan untuk berkumpul dan beriadah bersama keluarga, malah dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat Berawan.

Beliau turut berharap generasi muda masyarakat Berawan dapat memanfaatkan segala peluang yang disediakan kerajaan demi masa depan yang lebih baik.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Ahmad Johnie sampaikan sumbangan wang tunai kepada surau dan masjid
Next: Masjid, surau DUN Kalaka terima karpet baharu sebelum Aidilfitri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.