Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hari kelima operasi SAR warga emas hilang terus temui jalan buntu
  • Tengah
  • WILAYAH

Hari kelima operasi SAR warga emas hilang terus temui jalan buntu

Utusan Sarawak 5 days ago
SAR hari kelima masih gagal menemui mangsa warga emas dikenali Rumai Jantin. Foto: PGO Bomba Sarawak

BETONG: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang sejak 24 September lalu di kawasan Nanga Buai, Ulu Padeh terus menemui jalan buntu apabila masuk hari kelima pencarian masih belum membuahkan hasil.

Mangsa dikenali sebagai Rumai Jantin, 75 tahun, dilaporkan hilang di kawasan hutan berdekatan rumah panjang berkenaan.

Setakat ini, kawasan sekitar belakang rumah panjang dan sungai berdekatan yang pernah menjadi lokasi penemuan beberapa barangan milik mangsa telah diperiksa berulang kali namun masih belum membawa kepada penemuan mangsa.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, operasi hari kelima dimulakan pada 8.15 pagi dengan penugasan semula pasukan SAR ke beberapa kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi kritikal.

FOTO: PGO Bomba Sarawak

Namun, pencarian yang dijalankan setakat ini masih belum berjaya mengesan mangsa.

Operasi diketuai oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong, Muhammad Badrulamin Mohamad Fodzi, melibatkan lima anggota bomba, tujuh anggota polis, sepuluh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dua anggota RELA serta lebih 30 penduduk kampung yang turut membantu pencarian secara sukarela.

Walaupun usaha mencari terus dipergiatkan, kehilangan warga emas berkenaan masih menjadi tanda tanya dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan keluarga serta penduduk setempat.

Sehingga kini, operasi SAR masih diteruskan dan pihak berkuasa berharap sebarang petunjuk baharu dapat membantu merungkai misteri kehilangan Rumai Jantin.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Lelaki hilang dipercayai dibaham buaya di Sungai Semanok
Next: Latihan bulanan PBS Lubuk Lemba tingkatkan kesiapsiagaan operasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.