Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Hari Kebangsaan pemangkin kemajuan dan perpaduan rakyat – Dr Sim
  • SEMASA

Hari Kebangsaan pemangkin kemajuan dan perpaduan rakyat – Dr Sim

Utusan Sarawak 2 days ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

KUCHING: Rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum, agama dan lokasi digesa agar terus bersatu padu menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini dengan semangat kecintaan kepada negara.

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, sambutan Hari Kebangsaan dilihat sebagai pengiktirafan pencapaian negara serta wadah menilai cabaran dan mencari penyelesaian bersama demi masa depan lebih gemilang.

“Sambutan Hari Kebangsaan merupakan pengiktirafan pencapaian negara serta wadah menilai cabaran dan mencari penyelesaian bersama demi masa depan lebih gemilang.

“Pada tarikh keramat ini, kita bersama-sama meraikan pencapaian negara serta menghayati makna sebenar kemerdekaan dengan memperkukuh perpaduan dan keharmonian antara rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Sim berharap agar semua lapisan masyarakat menjadikan sambutan tahun ini sebagai pemangkin untuk terus berusaha memajukan negara serta mempertahankan keamanan yang dikecapi sejak merdeka.

Oleh Amanda L.

Continue Reading

Previous: Lebih 7,000 terminal SARA disediakan di seluruh negara, mudahkan rakyat berbelanja
Next: Perpaduan kunci kekuatan negara – Awang Tengah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.