Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Hari Kebangsaan 2025: Perarakan berkuda aset PDRM uji kemampuan pengendali
  • SEMASA

Hari Kebangsaan 2025: Perarakan berkuda aset PDRM uji kemampuan pengendali

Utusan Sarawak 3 days ago
PERARAKAN BERKUDA…..PDRM dalam sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang menampilkan pelbagai baka terkemuka seperti Warmblood, Polo pony, Arabian, Thoroughbred, dan Stock horse hari ini. Foto Bernama

PUTRAJAYA: Penglibatan Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam sambutan Hari Kebangsaan yang menampilkan pelbagai baka terkemuka seperti Warmblood, Polo pony, Arabian, Thoroughbred, dan Stock horse, sememangnya dinanti-nantikan pengunjung. 

Pada acara sambutan di Dataran Putrajaya tahun ini, sebanyak 30 kuda aset Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil bahagian, diketuai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Datuk Seri Azmi Abu Kassim.

Di sebalik kejinakan dan kepatuhan semasa menyertai perbarisan, tidak ramai mengetahui bahawa anggota PDRM yang mengendali haiwan berkenaan mestilah seorang yang cekap dan bijak untuk ‘menawan’ hati haiwan itu yang terkenal dengan sifat sensitif lebih-lebih lagi terhadap bunyi.  

Pegawai Pemerintah Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Dayang Kasmayane Awang Anak berkata kuda yang terlibat bukan calang-calang kerana telah dilatih dengan rutin ketat termasuk melakukan tugasan seperti kawalan rusuhan, pencegahan jenayah, dan rondaan sempadan negara.

“Untuk itu, semua aset berkuda PDRM ini diberi pendedahan kepada bunyi-bunyi kecil sehinggalah kepada bunyi bising yang ekstrem seperti muzik, siren, loceng, tembakan, dan letupan,” katanya kepada Bernama selepas sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya di sini hari ini. 

Dayang Kasmayane berkata pendedahan itu penting bagi membiasakan kuda dengan keadaan sebenar ketika operasi atau menghadapi insiden luar jangka seperti berdepan rusuhan yang memerlukan kawalan ‘crowd control’ berkesan.

Untuk perarakan Hari Kebangsaan pula, sensitiviti kuda bukan hanya pada persekitaran yang bising tetapi juga pada kehadiran objek terbang seperti jet pejuang. 

“Jadi, sekiranya kuda terkejut dan hilang kawalan, ‘handler’ kami ada beberapa teknik untuk mengawal keadaan termasuk membuat bulatan yang semakin mengecil sehingga kuda berhenti,” katanya.

Namun, Dayang Kasmayane berkata teknik itu bukan mudah dilakukan tanpa ada ‘ikatan emosi’ yang kuat antara kuda dan penunggangnya.

“Selalunya untuk mewujudkan bonding itu, anggota kita akan melakukan grooming setiap hari seperti membersih, memandikan, dan menyikat bulu kuda. Ini bukan sahaja penting untuk keselesaan fizikal kuda tetapi juga bagi membina kepercayaan yang utuh.

“Apabila kami mempunyai bonding yang baik, kuda akan lebih memahami arahan dan tingkah laku penunggang, terutamanya dalam situasi tekanan.

“Sebab itu, penyertaan Unit Berkuda PDRM semasa perbarisan Hari Kebangsaan signifikan kerana kita nak memaparkan imej disiplin dan keunikan pasukan ini serta mengimbangi kekuatan dan hubungan erat antara manusia dan haiwan,” katanya.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Bot Kelas Ibrahim dipamerkan buat julung-julung kali pada Hari Kebangsaan 2025
Next: Basikal berhias warnai sambutan Hari Kebangsaan di Kampung Tambirat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.