Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hari Ibu SIDS Marudi himpun 600 tetamu, raikan jasa wanita
  • Utara
  • WILAYAH

Hari Ibu SIDS Marudi himpun 600 tetamu, raikan jasa wanita

Utusan Sarawak 3 hours ago
TAHNIAH… Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Dominic Nyurang Ajang mewakili Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala menyampaikan insentif kepada anak-anak yang cemerlang dalam pendidikan. Foto Jiku Juguong

MARUDI: Majlis Hari Ibu bertemakan flora anjuran Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Pampang Marudi di Dewan Suarah Marudi, malam tadi, mendapat sambutan kira-kira 600 tetamu termasuk dari Negara Brunei Darussalam sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan golongan ibu.

Pengerusi SIDS Marudi, Kaunselor Yanti Nyanggau berkata penganjuran majlis itu bertujuan menghargai jasa dan pengorbanan ibu yang memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat serta komuniti yang harmoni.

Menurut beliau, sambutan yang diterima amat menggalakkan dan mencerminkan semangat perpaduan serta keharmonian dalam kalangan masyarakat pelbagai latar belakang.

BERBAKAT… Kumpulan ‘Kami Nembiak Rebak Baru’ turut serta dalam Pertandingan Bertaboh Iban. Foto Jiku Juguong

Majlis itu turut menyaksikan penyampaian Anugerah Tokoh Wanita 2026 sebagai tanda penghormatan kepada individu wanita yang telah memberi sumbangan besar kepada masyarakat.

Selain itu, pihak penganjur turut menyampaikan insentif kepada lima pelajar cemerlang dalam pendidikan bagi tempoh 2021 hingga 2025.

Katanya, pemberian insentif tersebut diharap menjadi galakan kepada pelajar untuk terus mencapai kejayaan ke peringkat lebih tinggi sekali gus mengharumkan nama keluarga dan komuniti.

Bagi memeriahkan lagi majlis, para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan kumpulan nyanyian dari Brunei Darussalam.

Dalam pada itu, pertandingan kebudayaan sempena sambutan Hari Gawai yang bakal menjelang turut diadakan sebagai platform menghargai warisan budaya yang kaya dan unik.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Hari Terbuka Sarawak Water galak penggunaan aplikasi digital
Next: KMKK digesa rujuk saluran rasmi, elak sebar maklumat tidak sahih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.