Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hari Gawai lambang perpaduan, kemajuan sosioekonomi masyarakat
  • WILAYAH

Hari Gawai lambang perpaduan, kemajuan sosioekonomi masyarakat

Utusan Sarawak 12 hours ago
DATUK Francis Harden Hollis merasmikan Program Ngabang Gawai Dayak di Kampung Guntong Ulu, hari ini. Foto ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Hari Gawai Dayak bukan sekadar perayaan menuai hasil padi, malah menjadi simbol perpaduan, keharmonian dan semangat muhibah dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Sarawak.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis berkata setiap kali tibanya tanggal 1 Jun, seluruh masyarakat Dayak bersatu hati merayakan Hari Gawai Dayak sebagai lambang kesyukuran atas hasil tuaian yang melimpah, di samping mempereratkan hubungan kekeluargaan serta memelihara warisan budaya yang amat berharga.

“Justeru, Majlis ‘Ngabang’ Gawai diadakan pada hari ini adalah sebagai tanda kesyukuran dengan kejayaan tahun lepas yang berjaya meningkatkan sosio ekonomi dan usaha merapatkan ikatan persaudaraan di kalangan penduduk dan pengunjung dari rumah panjang lain sekitar Batu Lintang ini.

“Platform ini memberi peluang kepada semua penduduk dan pengunjung membuka lembaran baharu melepaskan kisah silam yang kurang baik dengan saling memaafkan dan memperbaharui tekad untuk terus maju membangun bersama kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya.

DATUK Francis Harden Hollis merasmikan Program Ngabang Gawai Dayak di Kampung Guntong Ulu, hari ini. Foto ADUN Simanggang

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Ngabang Gawai anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Simanggang dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Guntong Ulu, hari ini.

Kira-kira 500 orang penduduk sekitar telah hadir dalam program tersebut yang menyaksikan sambutan tradisi mengalu-alukan pengunjung dengan sajian ‘tuak’ dan persembahan ‘ngajat ngalu pengabang’ sebagai kebudayaan adat Gawai di rumah panjang.

Sementara itu, Pengerusi JKKK Kampung Guntong Ulu, Tuai Rumah Wan Rantai mengucapkan terima kasih dan bersyukur dengan bantuan GPS dalam menyalurkan pelbagai projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dan dana JKKK melalui geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP).

Beliau turut memohon projek membaik pulih atap rumah untuk 17 buah keluarga rumah kediaman berasingan di bawah bidang kuasa beliau yang belum mendapat projek bencana akibat kebakaran. 

Dalam pada itu, Francis turut menyerahkan cek berjumlah RM3,000 kepada JKKK Kampung Guntong Ulu manakala RM2,000 untuk Biro Wanita Kampung Guntong Ulu digunakan untuk membiaya Program ‘Ngabang Gawai’ yang telah diadakan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: YADIM Sarawak jayakan Ibadah Korban Zon Tabuan penuh harmoni
Next: 35 ekor lembu dikorbankan sempena Aidiladha di DUN Simunjan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.