Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hari Cuci Malaysia perkasa semangat kebersihan di BBP Bintangor
  • Tengah
  • WILAYAH

Hari Cuci Malaysia perkasa semangat kebersihan di BBP Bintangor

Utusan Sarawak 7 days ago

JAGA KEBERSIHAN….Anggota bomba bekerjasama membersihkan BBP Bintangor. Foto BBP Bintangor 


BINTANGOR: Semangat kebersihan dan kelestarian alam sekitar terus diperkasa menerusi program Hari Cuci Malaysia yang dilaksanakan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, semalam.

Program ini diadakan sempena sambutan World Clean Up Day 2025, bertujuan menyemai kesedaran sivik dan tanggungjawab bersama dalam menjaga kebersihan persekitaran.

JAGA KEBERSIHAN….Anggota bomba bekerjasama membersihkan BBP Bintangor. Foto BBP Bintangor 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata program yang bermula dari 9.00 pagi hingga 11.00 pagi tersebut melibatkan aktiviti pembersihan menyeluruh di kawasan dalam dan sekeliling balai serta kediaman kuarters anggota bomba.

“Keseluruhan warga BBP Bintangor mengambil bahagian dalam aktiviti gotong-royong tersebut yang dikoordinasikan oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Khadijah dan PBK II Ahmad Salim.

“Program seperti ini sangat penting dalam membentuk budaya kebersihan dan meningkatkan imej jabatan di mata masyarakat.

“Amalan menjaga kebersihan dan kelestarian persekitaran bukan sahaja mencerminkan profesionalisme jabatan, malah memberi contoh yang baik kepada komuniti setempat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

JAGA KEBERSIHAN….Anggota bomba bekerjasama membersihkan BBP Bintangor. Foto BBP Bintangor 

Katanya, sambutan Hari Cuci Malaysia juga menjadi wadah untuk menyatukan seluruh anggota bomba melalui semangat gotong-royong dan tanggungjawab bersama.

“Kegiatan ini memberi peluang kepada anggota bomba untuk bekerjasama di luar tugasan operasi, sekali gus memperkukuh semangat berpasukan serta peduli terhadap persekitaran kerja. 

“Usaha kebersihan yang konsisten mampu mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat, selesa dan berdaya saing bagi anggota bomba yang sentiasa bersiap sedia menghadapi kecemasan,” ujarnya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 80 pelajar sertai kem kepimpinan pasukan unit beruniform Zon Tengah II di Kanowit
Next: Tumpahan minyak di Jalan Melayu, BBP Lutong bertindak pantas kawal situasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.