Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hari Bersama Pelanggan perkukuh hubungan PDRM dan komuniti di Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

Hari Bersama Pelanggan perkukuh hubungan PDRM dan komuniti di Sibu

Utusan Sarawak 1 week ago
ZULKIPLI…..Ketika berucap pada Program Hari Bertemu Pelanggan IPD Sibu di pekarangan Surau Darul Yassin, PPR Seduan, Rantau Panjang, semalam.

SIBU: Program Hari Bersama Pelanggan anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masyarakat setempat.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, program ini bukan sahaja mendekatkan PDRM dengan komuniti, malah turut mewujudkan jaringan kerjasama strategik demi memastikan keselamatan, keharmonian dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.

“Program ini memberi peluang kepada masyarakat untuk berinteraksi secara langsung dengan pihak polis, mendapatkan maklumat berkaitan keselamatan serta menyalurkan pandangan atau cadangan yang membina demi mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepolisian di daerah ini,” katanya.

BERTEMU PELANGGAN….Zulkipli (lima kanan) pada Program Hari Bertemu Pelanggan IPD Sibu di pekarangan Surau Darul Yassin, PPR Seduan, Rantau Panjang, semalam.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Hari Bertemu Pelanggan IPD Sibu di pekarangan Surau Darul Yassin, PPR Seduan, Rantau Panjang, semalam.

Beliau menegaskan, selaras dengan konsep ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ penglibatan aktif masyarakat amat penting sebagai mata dan telinga kepada pihak polis dalam membantu membanteras jenayah dan mengekalkan keamanan setempat.

MERIAH….Program Hari Bertemu Pelanggan IPD Sibu di pekarangan Surau Darul Yassin, PPR Seduan, Rantau Panjang, semalam.

Katanya, IPD Sibu sentiasa komited melaksanakan pendekatan polis komuniti bagi memperkukuh penyertaan masyarakat dalam aktiviti keselamatan melalui program seperti gotong-royong, ceramah keselamatan, rondaan komuniti dan sesi libat urus.

“Kejayaan mengekalkan keamanan bukan bergantung kepada kekuatan pihak polis semata-mata, tetapi hasil kerjasama erat antara masyarakat dan agensi penguatkuasaan.

“Oleh itu, saya menggesa agar semua pihak memainkan peranan aktif dalam menyalurkan maklumat serta menyokong inisiatif keselamatan komuniti di kawasan masing-masing,” katanya.

Zulkipli turut menzahirkan penghargaan kepada jawatankuasa penganjur, pemimpin komuniti, serta semua pegawai dan anggota IPD Sibu atas komitmen dan dedikasi mereka dalam menjayakan program berkenaan.

“Semoga pelaksanaan program ini terus memperkukuh hubungan mesra dan kerjasama erat antara PDRM dan masyarakat demi membina komuniti yang aman, sejahtera dan bersatu padu,” tambahnya.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Supt Boniface Bajai, Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), Sempurai Petrus Ngelai, Pengerusi Kawasan Rukun Tertangga (KRT) PPR Seduan Rantau Panjang, Micheal Abok dan Pengerusi Surau Darul Yassin, PPR Seduan Rantau Panjang, Muhammad Aswadi Mahdi.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Satu titik darah, sejuta harapan: Kelab Lions anjur kempen derma darah di Sibu
Next: 150 sukarelawan sertai NSJA bersihkan Pantai Brighton

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.