Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hari Bersama Pelanggan perkukuh hubungan antara rakyat, agensi kerajaan Sarawak
  • Utara
  • WILAYAH

Hari Bersama Pelanggan perkukuh hubungan antara rakyat, agensi kerajaan Sarawak

Utusan Sarawak 14 hours ago
DATUK Gerawat Gala melakukan upacara Ngiling Tikai tanda berakhirnya perayaan Gawai.
 

MARUDI: Program Hari Bersama Pelanggan merupakan salah satu inisiatif kerajaan Sarawak dalam mempromosikan perkhidmatan agensi kerajaan serta menyampaikan maklumat yang sahih dan berimpak kepada masyarakat.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala, berkata program seumpama ini menjadi platform yang amat berguna untuk membuka ruang interaksi antara rakyat dan agensi kerajaan, khususnya Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

“UKAS memainkan peranan penting sebagai jentera utama dalam sistem penyampaian maklumat kerajaan, selain memperkenalkan inisiatif dan dasar-dasar baharu kepada masyarakat,” katanya semasa merasmikan program berkenaan di Rumah Ganing, Sungai Gudang, semalam.

Beliau turut menyentuh kejayaan kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang telah memulakan langkah strategik seawal 2018 melalui pengenalan Dasar Ekonomi Digital.

“Langkah ini bertujuan meningkatkan nilai kehidupan rakyat, memperkasa budaya digital masa kini, serta merangsang hasil dan produktiviti masyarakat Sarawak,” jelasnya.

Menurut Gerawat, pendekatan tersebut bukan sahaja memodenkan sistem kehidupan masyarakat, malah tetap mengekalkan keaslian adat dan budaya tempatan.

Beliau turut menegaskan bahawa adaptasi sistem digital oleh kerajaan negeri meliputi pelbagai aspek termasuk ekonomi, pentadbiran dan bidang baharu yang diterokai.

Usaha ini sejajar dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) ke arah merealisasikan Sarawak sebagai sebuah wilayah maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Dalam ucapannya, Gerawat turut mengingatkan masyarakat agar sentiasa memastikan maklumat yang dikongsi adalah sahih, memandangkan wujudnya penyebaran berita palsu yang boleh menjejaskan perpaduan dan kemajuan negeri.

“Sebagai individu yang bebas menyuarakan pandangan, kita juga bertanggungjawab menyemak kesahihan setiap maklumat yang diterima atau disebarkan,” tegasnya.

Program tersebut disertai 12 agensi kerajaan dan dianjurkan oleh UKAS dengan kerjasama Jabatan Premier Sarawak, Pejabat Daerah Marudi serta JKKK Rumah Ganing.

Turut hadir, wakil Pengarah UKAS Joachim Panggang Jabong, wakil Pegawai Daerah Marudi Fazzwan Yunus, Pengerusi Majlis Daerah Marudi Kaunselor Edward Mendai, Ketua Masyarakat Iban Marudi Pemanca Randie Bundan, serta Tuai Rumah Ganing, Sungai Gudang.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Mangsa kebakaran Pekan Sangan terima bantuan tunai RM9,000
Next: Ngiling Bidai PPLN 2025 meriah, 11 pelajar terima insentif cemerlang SPM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.