Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Hari Anggota Bomba 2025, tingkat kesiapsiagaan kecemasan
  • SEMASA

Hari Anggota Bomba 2025, tingkat kesiapsiagaan kecemasan

Utusan Sarawak 2 weeks ago
TIMBALAN Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut), Dato Henry Harry Jinep menghadiri Majlis Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2025 bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak, petang semalam. Foto UKAS

BAU: Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2025, bukan sekadar acara peringatan, sebaliknya menjadi usaha proaktif kerajaan dalam memperkasa penyampaian perkhidmatan awam di peringkat akar umbi, khususnya dalam bidang keselamatan dan kesiapsiagaan masyarakat.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut), Dato Henry Harry Jinep berkata penganjuran program seumpama ini bukan hanya memperkukuh kesedaran awam terhadap keselamatan kebakaran, malah mencerminkan komitmen kerajaan dalam membawa perkhidmatan berkualiti terus kepada masyarakat.

“Langkah JBPM memperkenalkan Bomba Komuniti sejak 2014 telah membuktikan bahawa pendekatan berasaskan komuniti adalah kunci kejayaan dalam membina masyarakat yang lebih berdaya tahan dan peka terhadap kecemasan,” ujarnya pada Majlis Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2025 bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak, petang semalam.

Empat kampung iaitu Kampung Melayu, Kampung Pangkalan, Kampung Krian dan Kampung Skibang telah dipilih sebagai perintis program tahun ini, melibatkan 48 peserta yang menerima latihan intensif berkaitan pencegahan dan pengendalian kebakaran.

Sementara itu, Pengarah JBPM Negeri Sarawak, Jamri Masran pula menegaskan bahawa sambutan Hari Anggota Bomba adalah platform strategik untuk memperkukuh kerjasama dua hala antara pasukan penyelamat dan komuniti, di samping memperingati jasa serta pengorbanan anggota bomba.

“Kesedaran masyarakat adalah benteng utama dalam pencegahan kebakaran. Kerjasama erat bersama komuniti mampu membina persekitaran yang lebih selamat dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.

Majlis disempurnakan dengan simbolik ‘Flag Off’ Pasukan Bomba oleh kedua-dua pemimpin, yang mengibarkan bendera Sarawak dan bendera bomba sebagai tanda permulaan komitmen baharu dalam memperkasa pendekatan mesra rakyat oleh JBPM.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Jabatan pertanian ingatkan pesawah jangan guna benih padi tidak sah
Next: Ops Gasak: KPDN kesan 52 kes penyelewengan LPG seluruh negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.