
KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak terus memperkukuh kesiapsiagaan menjelang Monsun Timur Laut (MTL).
Bagi tujuan itu, majlis pelancaran kesiapsiagaan diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya, hari ini.
Majlis dirasmikan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng yang mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.
Turut hadir, Pengarah JBPM Negeri Sarawak, Jamri Masran.
Dalam ucapannya, Wee menzahirkan penghargaan terhadap peranan besar pasukan bomba sebagai barisan hadapan dalam keselamatan rakyat.
“Bomba adalah hero masyarakat. Mereka sentiasa berada di hadapan ketika rakyat berdepan bencana,” katanya.
Beliau turut mengingatkan bahawa aspek keselamatan anggota bomba perlu diberi keutamaan dalam setiap operasi.
“Dalam menjalankan tugas, anggota bomba hendaklah menjaga keselamatan diri sendiri juga. Bomba adalah aset penting negara kerana menjaga kesejahteraan rakyat,” katanya.
Oleh Norman B.