Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hargai pengorbanan ibu selagi masih ada
  • TEMPATAN

Hargai pengorbanan ibu selagi masih ada

Utusan Sarawak 2 days ago
ADUN Krian, Friday Belik semasa merasmikan sambutan Hari Ibu di Dewan Masyarakat Sri Krian dekat sini kelmarin. Foto ADUN Krian

SARATOK: Sempena sambutan Hari Ibu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik merakamkan penghargaan kepada semua ibu di kawasannya atas pengorbanan dan kasih sayang dalam membesarkan anak-anak serta membina keluarga yang harmoni.

Beliau berkata sumbangan daripada golongan wanita itu amat penting sama ada sebagai isteri, ibu ataupun pekerja dalam pembangunan bangsa dan negara.

“Hari Ibu adalah detik istimewa untuk kita mengenang jasa wanita yang menjadi tulang belakang kehidupan dalam melahirkan, mendidik dan menjadi sumber inspirasi.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua golongan ibu di mana jua anda berada,” katanya semasa berucap merasmikan sambutan Hari Ibu di Dewan Masyarakat Sri Krian dekat sini kelmarin.

ADUN Krian, Friday Belik menerima cenderahati sempena sambutan Hari Ibu di Dewan Masyarakat Sri Krian dekat sini kelmarin. Foto ADUN Krian

Friday turut menekankan pentingnya sokongan berterusan kepada golongan wanita, khususnya ibu tunggal dan wanita bekerja agar mereka terus berperanan aktif dalam pembangunan masyarakat.

“Kita perlu memastikan ibu diberi peluang adil dalam aspek pendidikan, kerjaya dan kesihatan selain memperkukuh dasar sokongan sosial serta memperjuangkan kesamarataan gender di semua peringkat,” katanya.

Dalam pada itu, Friday menjelaskan kerajaan telah lama mengiktiraf sumbangan wanita dalam pembangunan negara dan sentiasa menggalakkan penglibatan mereka dalam bidang-bidang seperti ekonomi, sosial dan politik.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pakan lokasi kedua siri Jelajah Agrofest Sarawak, platform perkongsian ilmu, teknologi pertanian
Next: Ibu bapa beri sokongan padu kepada PIBG, sekolah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.