Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Harga tiket final Piala Malaysia 2025-2026 kekal
  • SUKAN

Harga tiket final Piala Malaysia 2025-2026 kekal

Utusan Sarawak 6 hours ago
HARGA tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2025-2026 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuching City FC di TM Stadium Nasional.
Foto: Facebook Liga Bola Sepak Malaysia (MFL)

KUALA LUMPUR: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini mengumumkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2025-2026 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuching City FC di TM Stadium Nasional pada 23 Mei ini, kekal seperti musim lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL Mohd Shazli Shaik Mohd berkata meskipun berdepan dengan peningkatan kos penganjuran, pihak MFL masih mengekalkan harga tiket empat kategori utama.

“Struktur harga tiket masih sama seperti sebelum ini, dengan harga bermula RM50 dan RM70 bagi kategori General Admission. Selain itu, tiket Premium ditawarkan pada harga RM150 manakala VIP Grandstand berharga RM200.

“Dengan pengumuman awal harga tiket ini kami berharap penyokong JDT dan Kuching City FC dapat membuat persiapan awal dalam merancang perjalanan mereka ke TM Stadium Nasional untuk memberikan sokongan padu kepada pasukan masing-masing,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, Mohd Shazli berkata urusan penjualan tiket akan diuruskan sepenuhnya oleh kedua-dua pasukan finalis sama seperti sebelum ini.

“Kaedah ini dilihat lebih tersusun dan memberi peluang yang lebih adil kepada penyokong untuk mendapatkan tiket,” katanya.

Penyokong boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pembelian tiket menerusi pengumuman rasmi yang akan dibuat oleh pihak JDT dan Kuching City dalam masa terdekat. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sarawak harap Sukma diteruskan, persiapan awal sudah menyeluruh
Next: Piala Uber: Chong Wei yakin Thinaah mampu kemudi cabaran Malaysia di Horsens  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.