Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Harga runcit RON97, RON95 tanpa subsidi turun bagi tempoh 8 hingga 14 Januari
  • NASIONAL

Harga runcit RON97, RON95 tanpa subsidi turun bagi tempoh 8 hingga 14 Januari

Utusan Sarawak 1 day ago
HARGA runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi diturunkan bagi tempoh 8 hingga 14 Januari 2026.

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi di seluruh negara diturunkan sebanyak lima sen dan dua sen masing-masing kepada RM3.11 dan RM2.54 seliter bagi tempoh 8 hingga 14 Januari 2026.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga diesel di Semenanjung Malaysia juga diturunkan sebanyak lima sen kepada RM2.89 seliter bagi tempoh sama, manakala Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

Harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI MADANI (BUDI95) kekal pada RM1.99 seliter

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97, RON95 dan diesel, dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan MOF itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.- Bernama

Continue Reading

Previous: Cuaca ekstrem boleh berlaku dari semasa ke semasa – MetMalaysia
Next: Ancaman buaya ketika banjir paksa penduduk berpindah ke PPS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.