Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Harga runcit RON97, RON95, diesel kekal
  • BISNES

Harga runcit RON97, RON95, diesel kekal

Utusan Sarawak 3 years ago

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 27 Oktober hingga 2 November 2022.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.95 seliter, RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada kadar RM2.15 seliter.

Menurut kementerian itu, harga runcit produk petroleum secara mingguan itu mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel walaupun harga pasaran sebenar kedua-dua produk itu telah meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kementerian itu. – Bernama

Continue Reading

Previous: MAVCOM pertingkat usaha lindungi pengguna
Next: Sabah lancar minyak masak tempatan jenama ‘Sayang’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.