Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Harga runcit petrol kekal hingga 22 Oktober ini
  • SEMASA

Harga runcit petrol kekal hingga 22 Oktober ini

Utusan Sarawak 7 hours ago

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi di seluruh negara masing-masing kekal pada kadar RM3.18 dan RM2.60 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Oktober ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI MADANI RON95 (BUDI95) pula kekal pada paras RM1.99 seliter.

MOF turut memaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada paras RM2.93 seliter dan Sabah, Sarawak serta Labuan turut kekal pada kadar RM2.15 seliter dalam tempoh sama.

Menurut MOF, penetapan harga berkenaan dibuat berdasarkan harga mingguan produk petroleum mengikut Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kerajaan, melalui MOF, akan terus memantau trend harga minyak dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.- Bernama

Continue Reading

Previous: Penstrukturan perkhidmatan awam terap pendekatan ‘Lean Civil Service’
Next: Malaysia sedia jadi Sekretariat Tetap WZWF – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.