Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Harga RON97 turun 3 sen, RON95 tanpa subsidi kurang 2 sen
  • BISNES

Harga RON97 turun 3 sen, RON95 tanpa subsidi kurang 2 sen

Utusan Sarawak 2 hours ago
HARGA runcit RON97 dan RON95 tanpa subsidi masing-masing turun kepada RM3.08 dan RM2.52 seliter bagi tempoh 15 hingga 21 Januari 2026.

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi di seluruh negara diturunkan sebanyak tiga sen dan dua sen masing-masing kepada RM3.08 dan RM2.52 seliter bagi tempoh 15 hingga 21 Januari 2026.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga diesel di Semenanjung Malaysia juga diturunkan sebanyak lima sen kepada RM2.84 seliter bagi tempoh sama, manakala Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

Harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI MADANI (BUDI95) kekal pada RM1.99 seliter.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.- Bernama

Continue Reading

Previous: MAG akan kendali lebih 2,400 penerbangan sempena perayaan Tahun Baharu Cina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.